Baru-baru ini, fosil daun yang ditemui dalam pulau ketiga terbesar dunia telah dikaji bagi mendedahkan hutan hujan tropika yang sekian lama mengekalkan kepelbagaian biodiversiti selama 4 juta tahun. Dalam erti kata lain, hutan hujan berusia berjuta-juta tahun ini dikaji bagi memahami bagaimana pokok-pokok ini bertahan dalam tempoh masa yang begitu lama.

Hutan yang tumbuh meliar ini terdiri dari pokok jenis dipterokarpa (dipterocarp). Spesis pokok ini mula tumbuh sekitar 2.6 hingga 5.3 juta tahun lalu. Hutan Borneo mempnyai sekitar 270 spesis pokok dipterokarpa, bermaksud pulau ini mempunyai lebih separuh dari jumlah keseluruhan spesis pokok di dunia. Dengan berhadapan ancaman yang mampu menyebabkan kepelbagaian flora dan fauna Asia terjejas, pulau Borneo menjadi peranan penting bagi mengekalkan kepelbagaian ini.

Penemuan fosil daun pokok dipterokarpa dalam batu. (Sumber: Science Alert)

Menurut ahli paleobotani (mengkaji tumbuhan purba) bernama Peter Wilf dari Pennsylvania State University, spesis pokok dipterokarpa ini satu-satunya spesis pokok paling dominan di pulau Borneo berbanding kawasan geografi lain, setelah penemuan begitu banyak fosil pokok dipterokarpa ini.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Pokok dipterokarpa ialah antara spesis pokok tropika tertinggi dunia dengan setiap individu mempunyai ketinggian sekitar 100 meter. Namun menjadikan sebahagian spesis pokok ini sebagai fosil adalah mustahil kerana keadaan hutan dan tanah di Borneo yang begitu mendap.

Biasanya, fosil debunga digunakan sebagai sampel kajian, namun debunga spesis dipterokarpa mudah rapuh sehingga tidak mampu menggambarkan rupanya. Kemudian, mereka menemui fosil-fosil daun yang dicantum dalam batu, memudahkan kajian mereka terhadap sejarah hutan Borneo dengan jadikan fosil tersebut sebagai sampel.

Antara sebahagian fosil daun yang ditemui. (Sumber: Science Alert)

Kajian yang menggunakan fosil daun dan debunga ini menunjukkan pulau Borneo ini mempunyai hutan paya bakau di kawasan rendah hutan hujan tropika dan mempunyai kepelbagaian spesis lumut dan pokok melingkar. Wilf berkata yang mereka hampir menemui bayangan apakah rupa hutan hujan tropika Borneo pada jutaan tahun dahulu. Hutannya lebih kurang seperti hutan hujan tropika sekarang walaupun kebanyakan habitat haiwan telah dimusnahkan oleh aktiviti manusia.

Hutan hujan tropika Borneo mengalami tekanan dari aktiviti pembalakan, pertanian, dan perubahan iklim. Borneo juga adalah kawasan hutan yang mempungai kadar pembasmian hutan yang tinggi, namun masih ada kawasan hutan yang dipelihara dari segala aktiviti manusia ini.

Memelihara spesis pokok dipterokarpa sangat penting untuk dilaksanakan kerana selain kepentingan dalam penyebaran debunga dan khasiat buahnya, spesis pokok ini juga berperanan sebagai perumah bagi pelbagai jenis hidupan liar dan juga tumbuhan, seperti monyet Belanda, harimau bintang, beruang matahari, dan badak sumbu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kini, terdapat 89 peratus dari keseluruhan spesis pokok dipterokarpa Asia berada dalam status Hampir Terancam (Near Threatened), manakala 57 peratus lagi dalam status Diancam (Endangered), Diancam Kritikal (Critically Endangered), atau Pupus (Extinct). Jika kita tidak bertindak segera, kita akan kehilangan hutan hujan tropika yang berusia 4 juta tahun ini. Maka, kita sebagai manusia yang mentadbir Bumi ini haruslah memainkan peranan penting sebagai penjaga, agar keseimbangan antara perkembangan manusia dan kepelbagaian alam flora dan fauna dapat berkekalan.

RUJUKAN:

Nield, David. 1 May 2022. Fossils of Leaves in Borneo Reveal an Ancient 4 Million-Year-Old Forest. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply