Tiada siapa suka cukai – sebab itulah cukai sangat baik untuk ekonomi. Bunyinya pelik. Memang pelik pun. Pelik tetapi benar. Kerana orang tidak suka sekalipun tetap membayar tanpa mengapa-apakan kestabilan politik negara.

Itu tandanya pertumbuhan ekonomi yang mapan. Rakyat menunaikan tanggungjawab kerana yakin pada kerajaan yang beramanah. Maka pada mata pelabur pula, kerajaan tersebut telus dan pandai menguruskan ekonomi sampai utuh. Cuba bayangkan: kerajaan mandatkan cukai pendapatan (income tax), cukai tambahan (value added tax) dan cukai tempatan (local tax). Rakyat selamba membayar kerana berduit dan mahu mengekalkan nikmat percuma seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi kalau rakyat bising sampai tergerak untuk tumbangkan kerajaan kerana cukai, ada banyak kepincangan yang berlaku. Bermakna cukai adalah baik jika rakyat yakin kerajaan memartabatkan nilai amanah. Macam mana kalau kerajaan mengenakan cukai bernafas? Ini memang gila. Untuk bernafas udara Tuhan pun kena bayar pada kerajaan?

Jangan terkejut. Memang ada cukai bernafas, dan buat masa sekarang – hanya satu negara saja yang melaksanakannya.

Drama Pentadbiran Kerana Politik Bangang

Semua penumpang antarabangsa yang ingin ke Venezuela mesti akan dibawa ke Caracas. Pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar. Di sini penumpang akan keluar pesawat dan menghirup udara yang disangka percuma.

Lapangan Terbang Antarabangsa Caracas

Tanpa disangka, udara mereka sedut bernilai premium sampai mereka kena bayar cukai. Punyalah sosialis Venezuela sampai udara pun kena cukai AS$20 (Pandey, 2014).

Ikut pada dongengan kerajaan Venezuela, udara lapangan terbang ini perlu dicukaikan kerana semua pendingin hawa menggunakan sistem penyucian (purification) yang berteknologi terpaling moden. Tidak terbayang macam mana bau udara sebelum ada teknologi ini. Mesti busuk gila.

Kerajaan Penindas Rakyat

Satu saja masalah dengan sistem kepimpinan selain demokrasi. Rakyat terkandas dengan pemimpin bangang. Sejak zaman pemerintahan Hugo Chavez lagi, Venezuela sudah tergelincir dalam kancah autokrasi. Semua unit suara rakyat ditindas teruk, terutamanya pilihan raya yang menjadi penghalal kuasa semata-mata (Svolik, 2012).

Hugo Chavez

Dasar Chavez menyuburkan korupsi dalam kalangan pemimpin kerajaan (termasuk pihak polis) sampai kes pembunuhan melambung setinggi-tingginya (Holland, 2008).

Chavez berbohong pada rakyat menuduh bahawa Amerika Syarikat sedang mengancam Venezuela – dan beliau sajalah penyelamat negara. Yang bodoh akan percaya. Yang pandai terpaksa diam – kalau bising, kena tangkap. Maka semua perlu jadi bodoh untuk selamat.

Daripada Kolonel Ke Pakcik Misai

Kematian Hugo Chavez pada tahun 2013 membawa Nicolas Maduro ke tampuk pemerintahan. Ramai takut pada Chavez… tetapi tidak takut langsung pada Maduro yang bermisai comel.

Nicolas Maduro.

Mereka sudah tidak tahan dengan segala kekurangan barangan di Venezuela. Dasar kerajaan Chavez disambung Maduro. Jadi seluruh dunia boleh kata mengasingkan diri dan enggan berkawan dengan Venezuela sampai pesawat daripada Amerika Syarikat tidak mahu mendarat (kerana Maduro mengawal matawang yang menyebabkan kerugian pada syarikat penerbangan).

Maka kerajaan kena cari jalan sehabis-habisnya untuk dapatkan duit. Salah satunya adalah cukai bernafas. Dana ini dipercayai adalah untuk menyelenggara lapangan terbang di Caracas (Nuseibeh, 2014).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Tetapi itulah – kalau kerajaan tidak membodohkan rakyat, tentu sekali kerajaan takkan sesekali menjadi bodoh abadi. Angkara Venezuela, satu dunia memandang serong terhadap sosialisme yang berjaya di bumi Eropah. Mungkin itulah mesejnya – tiada sistem yang selamat daripada lembah kedangkalan… jika pelaksana sistem itu sendiri dangkal dan hanya mementingkan poket sendiri.

Mujurlah Venezuela saja yang buat cukai bernafas. Cuba bayang kalau Amerika Syarikat yang buat. Mesti satu dunia jadi pak turut.

RUJUKAN:

Holland, A. (2008). A decade under Chavez: political intolerance and lost opportunities for advancing human rights in Venezuela. Human Rights Watch.

Nuseibeh, N. (2014, Julai 12). This Airport Is Literally Charging for Air. Business Insider.

Pandey, A. (2014, November 7). Caracas Airport Imposes Breathing Tax, Venezuelans Not Amused. International Business Times.

Svolik, M. (2012). The Politics of Authoritarian Rule by Milan W. Svolik. Cambridge University Press. Halaman 24.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply