Ramai yang cakap apabila kita ternampak orang Islam di pub, hendak kita bersangka baik bahawa mereka hanya mahu menikmati secawan Coca-Cola sahaja di sana. Boleh dikatakan Coca-Cola merupakan satu-satu minuman tidak memabukkan yang boleh diperolehi di pub.

Namun tahukah anda suatu ketika dahulu, minum Coca-Cola akan membawa anda terus merawang ke bulan? Ya anda tidak salah dengar dan kita tidak bercakap tentang percampuran Coca-Cola bersama ketum.

Ketika Coca-Cola dicipta oleh John Pemberton pada tahun 1885, air minuman berkarbonat itu dikatakan memiliki 3.5 gram kokain dalam isi kandungannya. Kenapa pula boleh ada kokain dalam Coca-Cola? Ceritanya begini, Coca-Cola dicipta sebagai alternatif terbaik untuk menangani masalah ketagihan alkohol masyarakat Amerika Syarikat. Tapi nak pastikan Coca-Cola boleh diterima oleh rakyat Amerika Syarikat, sedikit kokain telah dicampurkan bersama air berkarbonat.

Anda juga perlu tahu kokain yang digunakan bukanlah berbentuk serbuk seperti hari ini. Kokain itu adalah ‘ecgonine’ yang diekstrak daripada daun koka untuk dicampurkan bersama air berkarbonat. Jika berbentuk seperti kokain hari ini, pastikan Coca-Cola akan diharamkan serta merta kerana memberikan kesan yang buruk kepada orang ramai.

Biarpun kokain ketika itu tidak berbentuk seperti hari, kandungan kokain dalam Coca-Cola sudah cukup membuatkan orang ramai telah mengambil dadah secara tidak langsung. Paling menarik sekali adalah National Institute on Drug Abuse pernah mengisytiharkan Coca-Cola adalah “patent medicine” dan dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dari semasa ke semasa, rakyat Amerika Syarikat mula tidak selesa dengan kehadiran Coca-Cola dalam pasaran F&B. Hal ini demikian kerana Coca-Cola didakwa cuba membunuh pesaing lain dengan adanya kokain dalam ramuan mereka. Malah, sudah ramai yang mendakwa bahawa menikmati Coca-Cola akan membuatkan kita terus terbang ke bulan sehingga mampu merosakkan badan.

Untuk itu, Coca-Cola telah didesak untuk membuang terus kokain daripada ramuan minuman berkarbonat mereka. Sedikit demi sedikit, Coca-Cola mula mengurangkan kuantiti kokain sehingga bebas sepenuhnya pada tahun 1929. Kebetulan juga, Amerika Syarikat telah mengharamkan minuman beralkohol sehingga membuatkan populariti Coca-Cola memuncak dan menjadi pilihan orang ramai.

Walau bagaimanapun, pihak Coca-Cola sendiri menafikan bahawa mereka tidak pernah langsung mencampurkan kokain untuk menghasilkan produk minuman mereka. Coca-Cola menyatakan jika mereka mengakui kokain pernah digunakan untuk menghasilkan minuman berkarbonat, dikhuatiri mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Nak elak masalah di masa hadapan, Coca-Cola terus menafikan dakwaan ini biarpun semua orang tahu minuman itu pernah dicampur kokain. Biarpun dinafikan sebanyak beribu-ribu kali, ironinya nama Coca-Cola itu diambil daripada nama kokain ataupun daun koka itu sendiri.

Apa-apapun, Coca-Cola telah bebas sepenuhnya daripada kokain dan jangan pernah berharap anda akan ke bulan dengan hanya menikmati minuman tersebut.

RUJUKAN:

ABP News Bureau. (2022, April 28). Did Coca Cola contain cocaine in the past? Here is the history and truth behind Elon Musk ‘joke’. 

Lee, E. (2021, Julai 25). Fact check: Cocaine in Coke? Soda once contained drug but likely much less than post claims. USA Today. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply