Tiada yang kekal di dunia melainkan Allah Azza Wa Jalla yang Maha Kekal buat selamanya. Termasuklah Kerajaan, kekuatan, dan segalanya. Semuanya sementara. Begitu juga nasib yang menimpa Kerajaan Umayyah.
Kerajaan ini kemudiannya menuju kejatuhannya apabila lahirnya sifat kesombongan dan hilangnya sifat ke-Khalifahan dalam diri mereka seperti khalifah mula meninggalkan kehidupan beragama dan beralih kepada melupakan beragama.
Di sinilah kebencian rakyat mula meningkat kepada ke-Khalifahan Umayyah. Maka, di sini lahir sebuah puak yang mengambil kesempatan bagi menumbangkan kerajaan Umayyah. Gelombang ini bangkit dari Timur Empayar Umayyah iaitu Khurasan.
Gelombang ini semakin lama semakin mengukuh dalam kalangan rakyat Umayyah. Dahulunya ia merupakan golongan penentangan kecil-kecilan. Tetapi sejak tindakan Khalifah Umayyah yang dilihat melampaui batas maka bangkitlah golongan ini.
Abu Abbas As-Saffah yang mendakwa dirinya merupakan keturunan pak cik Rasulullah SAW, iaitu Abbas Ibn Abdul Mutalib telah melaksanakan propaganda yang besar besaran dengan mengajak penduduk Khurasan menyertai perjuangannya.
Antara perkara yang dimainkannya ialah, tindakan Umayyah yang menindas Ahl Bayt dan menindas umat Islam serta mengabaikan kehidupan beragama tidak seperti Khulafa’ Rasyidin. Propaganda ini mendapat perhatian umat Islam keseluruhannya.
Akhirnya, kelompok ini mula bangkit menentang kerajaan Umayyah dan mengangkat Panji Hitam sebagai tanda penentangan terhadap Umayyah.
Kelompok ini kemudiannya berjaya menewaskan kelompok Umayyah di Sungai Zab dan akhirnya menakluk Damsyik dari kekuasaan Umayyah sekaligus menamatkan riwayat Empayar Umayyah.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih