Usai daripada Pertempuran antara Raja Haji Fi Sabilillah dari Johor Riau di Teluk Ketapang, Belanda mula mengorak langkah mencari pihak yang membantu Kerajaan Johor Riau dan salah satunya adalah Kerajaan Selangor.
Pada tahun 1784, Belanda menyerang Kuala Selangor. Dan Belanda berjaya menerobos Sungai Selangor dan menawannya pada 2 Ogos 1784.
Belanda meneruskan penaklukannya di Selangor dengan menakluk Kota Melawati di Kuala Selangor.
Kemenangan Belanda di Selangor tidak bertahan lama selepas itu, Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah kemudiannya berundur ke Pahang dan membina hubungan baik dengan pembesar Pahang iaitu Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Pada tahun 1785, Sultan Ibrahim memimpin serangan balas bersama pasukan bantuan dari Pahang menyerbu Selangor. Serangan ini akhirnya berjaya mengusir Belanda keluar dari Selangor.
Belanda tidak tunggu lama selepas itu, Belanda sekali lagi menghantar kapal kapalnya untuk menakluk semula Kota Melawati.
Pertempuran tercetus dengan sengit antara keduanya. Peluru dan bedil saling bersahutan antara kedua belah pihak. Akhirnya, sebuah perjanjian damai telah menyuraikan perbalahan antara dua pihak ini pada tahun 1786.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet