Jiwa ekstrimis memangkinkan sifat tamak haloba tidak terhingga dalam sifat Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Mereka berperang dengan Amerika Syarikat dan British kerana tidak berpuas hati perdagangan disekat dua pihak ini.

Sekatan tersebut berpihak kepada China, yang sudahpun digempur Jepun. Amat mengejutkan jika teliti balik bagaimana Jepun hilang segala-galanya yang diusahakan sejak tahun 1931.

Pendudukan Jepun di bumi China bermula selepas operasi kambing hitam (false flag) di Mukden.

Operasi Mukden

Jepun sengaja mengebοm landasan sendiri, yang mewajarkan serangan besar-besaran. Manchuria pun jatuh dalam tempoh lima bulan sahaja.

Selang beberapa tahun, operasi kedua dibuat di Jambatan Marco Polo.

Seorang anggota tentera tiba-tiba hilang dari kem. Jepun mendesak izin untuk masuk dalam China, yang menolak dengan keras sebelum melepaskan tembakan seperti diharap.

Rupa-rupanya anggota tersebut tercirit (atau sakit perut)… dan menghilangkan diri kerana ingin membuang air besar (Benjamin, 2018).

Angkara najisnya, tanah China berbau darah. Dan bumi mereka diduduki orang luar.

Runtuhnya Sifat Manusiawi

Selepas menduduki China, pihak Jepun melancarkan Jabatan Pembersihan Air dan Pencegahan Wabak Tentera Kwantung (KBKH).

Sejarah pula mengenang KBKH dengan nama lain iaitu Unit 731.

Kerana jabatan ini sekadar menunggang isu, iaitu air tidak bersih dan penularan wabak. Fungsi sebenar Unit 731 adalah untuk melaksanakan eksperimen pada China.

Unit ini dimulakan seorang pakar mikrobiologi tentera bernama Shiro Ishii pada tahun 1932. Beliau mendakwa pihak Barat sudah ada program biologi tersendiri.

Dan kerajaan Jepun tidak fikir panjang dan terus bersetuju kerana bukti sudah ada: Eropah guna gas beracun dalam Perang Dunia Pertama (van der Kloot, 2004).

Pergolakan tempatan menyebabkan unit ini dipindah ke sebuah fasiliti yang mendapat sokongan penuh daripada Maharaja Hirohito.

Dan bermula tahun 1936, Unit 731 sudah menjadi sebahagian daripada dasar pentadbiran Manchukuo… iaitu wilayah boneka (puppet state) Jepun di China.

Kezaliman Tidak Terhingga

Eksperimen Jepun melibatkan ribuan orang tidak kira usia dan jantina. Bayi turut dizalimi. Mereka menyebarkan kuman tertentu untuk tujuan jangkitan dan mengeluarkan organ tanpa ubat pelali (Parry, 2007).

Shiro Ishii (kanan) bereksperimen guna tangan mangsa (kiri)

Pembedahan ini adalah untuk mengkaji kesan penyakit pada organ. Anggota badan dipotong buang, untuk mengkaji kesan hilang darah.

Lebih menzalimkan, anggota tersebut dicantum semula… tetapi lengan kiri misalnya dipasang pada bahagian kanan. Salur makanan (esophagus) dicabut untuk dipasang di tempat usus.

Semuanya adalah untuk mengkaji… tanpa izin dan restu, apatah lagi pampasan. Tujuan kajian pula adalah untuk membangunkan program senjata biologi.

Pameran muzium yang mengabadikan “Eksperimen Beku”.

Dalam bab ini, mereka berpakat dengan Unit 1644 dan Unit 100 (tetapi Unit 731 masih di tingkat paling atas).

Kutu yang dijangkit wabak yersinia pestis sengaja disebarkan di bandar Ningbo dan Changde dengan menggunakan pesawat yang terbang rendah.

Sebuah pasukan dihantar untuk mencemarkan perigi dan telaga dengan sampel demam kepialu.

Belum lagi “bοm biologi” yang dibuat khas untuk merosakkan pertanian dan takungan air dengan kuman seperti anthrax dan kolera.

Seramai 200,000 dijangka meninggal dunia kerana pendekatan Jepun yang tidak berperikemanusiaan.

Rata-ratanya adalah dalam kalangan rakyat tidak bersalah, yang tiada kata putus dalam bab pentadbiran. Jelas sekali ini adalah langkah desakan pada kerajaan China.

Dan ketahuilah, Jepun sedang merencanakan pelan sama pada tahun 1945.

Mereka ingin mengebοm San Diego dengan kuman-kuman durjana ini (Stewart, 2011).

Tetapi mereka tidak sempat, kerana Amerika Syarikat menjatuhkan dua bοm yang jauh lebih durjana sampai terus menamatkan azam perang Jepun.

RUJUKAN:

Benjamin, L. (2018). Chinese Soldier vs Japanese Soldier: China, 1937-38. Bloomsbury. Halaman 66.

Parry, R.L. (2007, Februari 25). Dissect them alive: order not to be disobeyed. Times Online.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply