Kisah kemusnahan dunia menuju Hari Kiamat begitu popular kerana kisah sebegini membuatkan kita mengingati kematian dan menguatkan keimanan kepada Tuhan. Tapi, korang kena ingat, ‘fakta-fakta’ teori konspirasi ini tidak boleh dipercayai sangat, terutamanya kisah planet kiamat bernama Planet Nibiru.

 

Planet Nibiru ialah sebuah planet rekaan ciptaan penulis pseudo-sejarah bernama Zecharia Sitchin melalui bukunya berjudul ‘The 12th Planet’. Sitchin mendakwa ia sudah disebut dalam tablet tulisan cuneiform dari tamadun Sumer dan beredar mengelilingi matahari setiap 3,600 tahun. Dia mendakwa peredaran ini dibuat bagi membolehkan penghuni planet berkenaan berinteraksi dengan kemanusiaan.

 

Kemudian, seorang wanita bernama Nancy Lieder dari Winsconsin, AS mendakwa dia pernah bertemu dengan makhluk asing semasa kecil dan mendakwa Komet Hale-Bopp yang melintas pada tahun 1997 bukanlah komet tetapi sebuah planet besar bernama Planet X atau Nibiru. Planet itu didakwa akan merentasi orbit bumi dan menjadi pencetus kepada kemusnahan peradaban manusia.

 

A depiction of the mythical planet known as Nibiru, or Planet X, as it hurtles toward a cataclysmic rendezvous with Earth.

 

 

Tetapi selepas Komet Hale-Bopp 1997 berlalu tanpa sebarang insiden, Lieder mengubah kenyataannya beberapa kali dalam tempoh hampir 30 tahun. Ini termasuk mengubah tahun bila ia berlaku seperti 2003, 2012 dan 2017. Dakwaan wanita ini dianggap menyeleweng termasuklah Sitchin sendiri kerana dia mempergunakan nama ‘Nibiru’ untuk takutkan masyarakat.

 

Jadi, ‘surat berantai’ tentang Planet Nibiru datang musnahkan Bumi hanya auta saja. Kalau benar planet ini mengelilingi matahari, sudah semestinya kita yang hidup pada tahun 2012 telah mengesan kehadirannya di langit. Lagipun, orbit planet Nibiru mengelilingi Matahari setiap 3,600 tahun adalah mengarut!

 

 

Jadi, planet Nibiru yang Sitchin dakwakan tidak wujud. Tapi ahli astronomi sekarang memburu satu lagi planet yang mereka sendiri percaya wujud mengelilingi Matahari, iaitu Planet Sembilan (Planet Nine). Planet ini dikatakan bersaiz 10 kali ganda dari saiz Bumi. Planet ini saintis percaya dan akan tersenarai sebagai planet kesembilan Sistem Suria menggantikan planet kerdil Pluto. Itu pun kalau mereka jumpa la.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply