Korang percaya tak Nabi Muhammad (SAW) boleh ceritakan peristiwa masa hadapan? Dah terbukti lidah baginda masin. Apa yang Rasulullah (SAW) ingatkan jadi kenyataan pada tahun 1256 M, selepas 600 tahun kewafatan baginda.

 

Rasulullah (SAW) bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Basrah.”

 

Kalau korang tengok google maps, jarak di antara Hijjaz (Madinah) dengan Busra (Iraq) jauh tau. Lebih 1,400 km. Lagi jauh daripada Johor ke Phuket. Kalau ikut adat kebiasaan, macam mustahil je boleh muncul api yang nyalaannya boleh sampai sejauh itu.

 

Namun (*petik jari), inilah yang dinamakan mukjizat. Baginda mengetahui peristiwa masa hadapan.

 

Pada tahun 1256 M, sebuah peristiwa yang menggemparkan penduduk Basrah telah terjadi. Ia direkodkan oleh Ibnu Katsir, Abu Syamah dan Al-Qurtubi. “Api muncul dari daerah Hijjaz yang diawali dengan terjadinya gempa bumi yang dahsyat pada malam Rabu bulan Jamadil Akhir pada tahun 654 H. Api itu terus menyala dan hanya padam pada waktu dhuha hari Jumaat.”

 

Tahukah anda, kawasan Madinah ada gunung berapi?

 

Rupa-rupanya, api besar itu muncul dari perkampungan Quraizha, Madinah. Letupan gunung berapi itu teramat besar sampaikan langit menjadi merah selama 5 hari. Ulama sezaman menceritakan, mereka dapat melihat api itu dari beribu-ribu batu seumpama ia menyala di depan mata. Gunung-gunung menjadi lautan api sampaikan menutup laluan haji Iraq ke Madinah. Bukit-bukit bertukar menjadi bukit berapi yang membakar bebatuan keras.

 

Penduduk Madinah pula berkumpul di makam Nabi Muhammad sambil bertawasul, beristighasah dan beristighfar agar selamat daripada bala bencana. Mereka mengakui inilah petanda kiamat yang baginda sebutkan.

 

Apa yang menarik, terdapat kajian saintis dan arkeologi yang membuktikan peristiwa itu benar-benar berlaku. Sebuah kertas kerja yang diterbitkan oleh International Journal of Earth Sciences mengakui:

 

“The 1256 AD eruption site is located near to the culturally significant Al Madinah city… The historically documented eruption lasted for 52 days and formed a 2.25 km long chain of NW–SE-aligned scoria and lava spatter cones… This spectacular landscape is not only attractive for visitors, but also provides one of the best exposed and accessible sites on Earth to show the diversity of volcanic features a fissure eruption can produce.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply