Pada era pemerintahan Khalifah Uthman Ibn Affan, sempadan kerajaan Khulafa’ Rasyidin semakin meluas. Di Syam, dahulunya sempadan kerajaan Islam bersempadan dengan kerajaan Rom. Usai daripada ekspedisi penaklukan Islam di Syam, perbatasan Rom di Syam telah diduduki oleh Kerajaan Islam.

Kini, sempadan Islam hanyalah lautan sahaja. Tidak jauh dari daratan Filistin dan Syam, terdapat Pulau Cyprus dan Rhodes. Itulah sempadan bagi kerajaan Rom pada waktu itu. Gabenor Wilayah Syam pada waktu itu, Sayyidina Muawiyah Ibn Abu Sufyan telah mengusulkan dahulunya kepada Khalifah Umar Al-Khattan RAH untuk membina armada laut bagi menyerang seberang lautan.

Namun, langkah ini tidak dibenarkan oleh Khalifah Umar. Menjelang era Khalifah Uthman, Muawiyah mencuba sekali lagi untuk mendapatkan kebenaran bagi membina armada laut Islam. Muawiyah menyatakan bahawa rasional tertubuhnya armada laut ini kerana dek kerana dekatnya Pulau Cyprus dan Pantai Filistin dan Syam adalah orang orang di Pantai Syam mampu mendengar salakan anjing dari Kepulauan Cyprus ini.

Melihat akan keperluan yang mendesak ini dan membimbangi sempadan kerajaan Islam yang terbuka kepada ancaman Rom ini, Khalifah Uthman bersetuju untuk dibangunkan armada laut ini. Muawiyah kemudiannya mengadakan kerjasama bersama Gabenor Mesir, Amru Al-As untuk menggunakan pelabuhan Iskandariyya untuk membina armada laut ini.

Tidak berapa lama, armada laut ini siap dibina oleh Muawiya Ibn Abu Sufyan. Armada Islam ini kemudiannya berlayar ke Kepulauan Cyprus bagi memberi amaran kepada kerajaan Rom yang sering menggangu jalur perdagangan mereka di Laut Mediterranean.

Pasukan Islam ini dipimpin oleh Abdullah Ibn Abi Sarh dengan kekuatan 200 buah kapal dan lawannya 1000 buah kapal. Pertempuran sengit berlaku di Laut Mediterranean dan akhirnya pasukan Islam berjaya menundukkan pasukan Rom ini dalam Pertempuran Zat Al-Sawary.

Kejayaan pasukan Islam ini membuka peluang kepada armada Islam untuk mulai menduduki kawasan kawasan strategik di Laut Mediterranean dan salah satunya Anatolia.

Oleh itu, kejayaan pasukan Islam ini telah menyelamatkan sempadan Kerajaan Islam di Filistin dan Syam daripada diserang dan diduduki semula oleh Kerajaan Rom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.