Jabir Ibn Hayyan (721–815 M) merupakan seorang Ilmuan Islam yang berasal dari Kerajaan Bani Abasiyyah. Beliau merupakan seorang salah satu daripada saintis Islam pada era kegemilangan Islam dan beliau berkhidmat dalam era pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (786 – 803). Beliau merupakan daripada bangsa Parsi dan beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Kimia, farmasi, Alkimia, falsafah dan perubatan.
Apa sumbangan beliau dalam bidang Kimia sehingga beliau telah digelar sebagai bapa kimia?
Jabir Ibn Hayyan telah digelar sebagai bapa kimia kerana beliau telah memperkenalkan beberapa prinsip asas dan teori dalam bidang kimia seperti:
– Penyulingan: Menghasilkan alkohol dan asid kuat seperti asid sulfurik
– Penghabluran: Memurnikan bahan kimia dan garam
– Penciptaan bahan asid – Menghasilkan asid sulfurik, asid nitrik, dan asid hidroklorik
Jabir Ibn Hayyan juga merupakan saintis pertama yang membezakan bahan antara asid dan alkali. Penemuan penemuan Jabir Ibn Hayyan ini telah menjadi asas kepada kajian dan penyelidikan Saintis Barat sehingga ke hari ini.
Jabir Ibn Hayyan telah menulis buku yang bertajuk, “Kitab al-Kimya” yang membincangkan teori dan eksperimen kimia. Buku buku Jabir Ibn Hayyan ini kemudiannya diterjemahkan dan telah digunakan sebagai asas penyelidikan dalam bidang Kimia.
Beliau kemudiannya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 815 Masihi. Jabir Ibn Hayyan telah dimakamkan di Kufah.




No comments yet