Selepas ditayangkan kepada umum pada 5 November lepas, filem Spencer yang menampilkan Kristen Stewart sebagai Puteri Diana mendapat sambutan baik dalam kalangan penonton dan pengkritik. Satu perkara yang menarik perhatian penonton ialah kemunculan hantu Anne Boleyn yang dianggap simbol isteri ahli keluarga diraja yang diabaikan. Tetapi tidak ramai tahu, kedua-duanya berkongsi banyak persamaan dalam pelbagai segi.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr
  • Hubungan kekeluargaan

Contoh paling mudah, hubungan emosi kedua-dua wanita ini. Menurut penulis biografi Tina Brown, semasa usia mudanya, Puteri Diana pernah meminta seorang rakan untuk memandu mengelilingi Istana Buckingham. Rakan tersebut masih ingat salah satu titah baginda ketika itu ialah, “Alangkah seronoknya berkahwin dengan Putera Charles? Macam Anne Boleyn atau Guinevere?” Rupanya, keluarga Spencer merupakan keturunan kekanda Anne, Mary Boleyn.

  • Kekanda mereka pernah dicintai oleh bakal suami masing-masing.

Dalam kes Boleyn bersaudara, kedua-duanya pernah dijadikan sebagai gundik Raja Henry VIII. Tetapi selepas melihat layanan buruk yang diterima kekandanya, Anne bertekad untuk menjadi isteri baginda yang sah. Mary kemudiannya dikatakan turut menjadi gundik pesaing Henry VIII dari Perancis, Raja Francis I selama empat tahun pada awal abad ke-16.

Rajah 1: Mary Boleyn

Sejarah seakan berulang semula untuk keluarga Spencer. Sebelum berkahwin dengan Diana, Putera Charles pernah mempunyai hubungan dengan kekandanya Lady Sarah McCorquodale selama beberapa tahun. Bagaimanapun, hubungan tersebut berakhir selepas satu artikel kontroversi Sarah yang memalukan baginda timbul. Setelah itu, barulah Charles mendekati Diana sekitar 1980 sebelum melamarnya pada 1981.

  • Kedua-duanya tidak dapat memenuhi jangkaan keluarga diraja.

Walaupun datang dari keluarga bangsawan dan mempunyai hubungan baik dengan keluarga diraja, itu bukan bermakna Anne dan Diana memenuhi jangkaan mereka selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing. Akibatnya, mereka dipandang serong oleh sesetengah ahli keluarga diraja England.

Semasa melangsungkan perkahwinan dengan Henry VIII, ramai bangsawan dan ahli keluarga diraja berharap baginda berkahwin dengan puteri raja asing. Ini bagi memastikan England meraih kelebihan dari segi politik termasuk pakatan peperangan. Tetapi itu tidak berlaku sama sekali pada 1520-an.

Sementara Charles pula diharap berkahwin dengan perempuan ada-ada seperti Diana, bukannya dengan kekasih yang dicintainya itu. Semua orang tahu siapa wanita yang dimaksudkan: Camilla Parker-Bowles.

  • Bersemangat memperjuangkan isu

Selepas bercerai dengan Charles, Diana banyak memberi fokus kepada kerja-kerja kebajikan termasuk pesakit AIDS dan membasmi penggunaan periuk a.p.i. Sementara Anne pula menunjukkan komitmen terhadap aspek reformasi agama England. Perjuangan ini yang membawa kepada tindakan Henry VIII menubuhkan Gereja Anglican dan memisahkan diri dengan Paus yang mengawal Rom ketika itu.

  • Menolak kumpulan yang menjaga hal ehwal istana

Sepanjang perkahwinannya dengan Charles, Diana merasakan dirinya dipinggirkan oleh ahli keluarga diraja. Baginda percaya hal ini berlaku kerana mereka dipengaruhi lelaki berpakaian sut kelabu (gelaran kepada pegawai-pegawai hal ehwal istana). Dalam filem Spencer, mereka diwakili oleh Mejar Gregory (Timothy Spall).

Dalam kes Anne pula, ketidakpuasan hati baginda timbul gara-gara tindakan bekas sekutu dan penasihat Henry VIII, Thomas Cromwell. Kedua-duanya bermusuhan selepas Cromwell enggan menyokong agenda baginda yang mahukan wang dan aset dari pelupusan biara, gereja dan perpustakaan digunakan untuk tujuan kebajikan. Bangsawan itu bertanggungjawab merencana kejatuhan Anne pada Mei 1536 sebelum dihukum pa.nc.ung oleh Henry VIII pada 1540.

  • Kedua-duanya meramalkan cara kemangkatan mereka

Pada tahun-tahun yang membawa kepada perceraiannya dengan Charles dan kemangkatannya pada 31 Ogos 1997, Diana percaya wujud plot pembu.nu.han ke atasnya. Hal ini tidak dibantu dengan tindakan Martin Bashir menakutkannya dengan dakwaan MI5 sentiasa mengawasi baginda. Dakwaan ini bukan saja menjadi asas temubual eksklusif Bashir dengan Diana pada 1995 tetapi perencah tambahan kepada filem Spencer.

Rajah 2: Temubual Diana bersama Martin Bashir pada 1995. Sumber: BBC.

Bagi Anne pula, selepas difitnah Cromwell dengan tuduhan bermain kayu tiga di belakang Henry VIII, baginda dipen.ja.rakan di Menara London. Semasa dalam selnya, baginda ingat salah satu ramalan apabila menaiki takhta ialah baginda akan ma.ti diba.k.ar.

Tetapi Anne pada masa sama berharap, Henry VIII menunjukkan belas kasihan dengan membenarkannya menjadi biarawati di sebuah biara terpencil. Hasrat baginda tidak tercapai sama sekali. Anne kemudiannya dikenakan hukuman pen.gg.al pada 19 Mei 1536.

  • Kema.ti.an bukan pengakhiran legasi

Selepas Diana mangkat dalam satu kema.la.ngan di Paris pada 31 Ogos 1997 bersama kekasihnya Dodi al-Fayed, ramai menyangka legasi baginda berakhir. Hakikatnya, selepas temubual dengan Bashir dan reaksi orang ramai terhadap kemangkatannya, ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh baginda sehingga hari ini. Bagi Anne pula, baginda kekal sebagai figura menarik dalam sejarah England dan mempunyai jasa besar terhadap golongan Protestan.

  • Cahaya mata kedua-duanya mewarisi perangai dan nilai mereka

Selepas menaiki takhta pada 1558, Ratu Elizabeth I memutuskan untuk memerintah secara bersendirian untuk 44 tahun seterusnya. Dan seperti bondanya Anne, baginda juga suka melanggar peraturan dan membentuk keperibadian yang molek.

Bagi kedua-dua Putera William dan Putera Harry, kedua-duanya mewarisi nilai kemesraan dan berhubung dengan orang lain dalam keluarga diraja. Dan seperti ditunjukkan oleh Harry dalam banyak tindakannya termasuk temubual kontroversi bersama Oprah Winfrey pada 2021, baginda mewarisi keupayaannya memberi impak besar kepada keluarga diraja.

Rajah 3: Ratu Elizabeth I mewarisi sikap bondanya, Anne yang suka melanggar peraturan. Mungkin itu juga yang mempengaruhi baginda membentuk pakatan dengan Turki Uthmaniyyah.

RUJUKAN

Gristwood, S. (2021, 5 November). 8 historical reasons behind Anne Boleyn’s appearance in Princess Diana film Spencer. History Extra.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.