Pengaruh politik Julius Caesar datang daripada pemahamannya tentang struktur sebuah republik. Sejak mula menceburi dalam bidangkuasa kepimpinan, Caesar sudah nampak pergelutan kuasa antara kayangan (patrician) dan bawahan (plebeian).

Ramai dalam kalangan senator berpendapat kuasa terletak pada kayangan. Dalam pemerhatian Caesar pula, langit dijunjung bumi.

Jadi Caesar mengukuhkan sokongan dalam kalangan rakyat marhaen, bermula dengan sebuah rang undang-undang pertanian untuk mengimbangi kesamarataan kekayaan (wealth equality) dalam ekonomi Rom.

Tunggang semangat rakyat untuk jadi popular.

Sebenarnya Caesar meminjam ilham daripada Tiberius dan Gaius Gracchi, abang adik yang aktif berpolitik bermula tahun 133 S.M. Mereka ingin mengagihkan tanah kepada miskin bandar atas tujuan imbangan kekayaan.

Golongan bangsawan menentang idea ini. Kegigihan Gracchi berakhir, pada tahun 121 S.M. kerana mereka dibμημh para bangsawan. Caesar pula bijak. Beliau menggunakan konsep Gracchi tanpa mengambil tanah bangsawan.

Sebaliknya, Caesar mahu memberi tanah yang dirαmpαs di bahagian Timur Rom kepada orang miskin bandar. Jadi kerajaan tidak perlu berbelanja apa pun. Biar orang miskin cari jalan sendiri untuk bertani (Erdkamp, 2011).

Usul ini ditolak kayangan dalam Senat, terutamanya Marcus Bibulus. Tetapi Caesar pandai. Beliau bertanya terus kepada rakyat, yang lantang menyokong.

Pada hari undian, Bibulus tidak dapat menentang kerana diserαηg golongan marhaen sampai terpaksa lari balik rumah selepas disimbah ηαjis. Rang undang-undang ini berjaya diluluskan, dengan sokongan daripada penguasa ketika itu iaitu Gnaeus Pompeius Magnus.

Semua boleh bayangkan populariti Caesar selepas kelulusan ini. Tetapi Caesar mengatur langkah lebih jauh, iaitu menyatukan Pompeius dan seorang pesaing bernama Crassus.

Bersama dua penguasa ini, Caesar menubuhkan sebuah kepimpinan tiga penjuru bertujuan untuk memodenkan Rom. Walaupun idealistik, Caesar bersetuju untuk menggunakan kekerαsαη… asalkan matlamat tercapai.

Cuma ada satu perkara penting harus ditekankan. Rang undang-undang Caesar hanya menguntungkan golongan miskin dalam politik yang dikongkong kelompok kaya raya. Jadi populariti Caesar memang tinggi – tetapi pengaruh sebenar dalam pentas politik sangat kecil.

Pemegang kuasa sebenar.

Caesar ada cara untuk menangani kelompangan ini. Beliau melibatkan diri dalam angkatan teηterα. Selepas Pertem.puran Thapsus pada tahun 46 S.M., Caesar mendapat kuasa mutlak dan mula merencanakan impiannya untuk Rom.

Beliau memantau perbelanjaan warga kayangan Rom. Kemudian pentadbiran beliau menyediakan insentif supaya rakyat marhaen beranak pinak.

Ahli-ahli politik dibuang negara menerima undangan untuk kembali ke Rom, atas permintaan Caesar yang ingin menjalinkan keharmonian republik melalui landasan perdamaian. Semua (termasuk yang pernah berpaling tadah) diberi pengampunan penuh.

Pendekatan ini menampakkan yang Caesar seorang pemaaf. Hakikatnya, Caesar membuatkan semua bekas mμsμhnya berasa terhutang budi di mata rakyat. Apabila orang ramai nampak mereka naik pun sebab Caesar, masakan boleh mereka menandingi Caesar.

Dalam politik Rom, rupanya mulut tidak boleh mengi.git tangan yang menyuap. Dan Caesar tanpa henti mengambil hati rakyat marhaen, dengan program subsidi makanan secara bersasar hanya untuk kelompok miskin sahaja (Freeman, 2008).

Pentadbiran beliau memberi dokumen kewarganegaraan kepada semua doktor dan guru supaya ramai daripada tanah asing datang berkhidmat dalam Rom (Wiseman, 2017). Sistem hutang dirombak semula, dengan kadar bayaran balik berpandukan pendapatan peminjam supaya gejala riba 25 peratus dapat diperαηgi (Slatyer, 2014).

Rang undang-undang sedia ada diperkemas supaya dapat mencegah gejala sog.okan dalam kalangan gabenor yang mengurus wilayah Rom.

Jumlah penjawat awam dalam pejabat gabenor dihadkan Caesar, supaya kerajaan pusat dapat mengawal perbelanjaan tempatan. Caesar juga meminta akaun kewangan wilayah untuk meningkatkan ketelusan.

Kegigihan Caesar meletakkan Rom pada landasan perkembangan. Tetapi pada masa yang sama, Caesar juga sedang berusaha… supaya dirinya kekal kebal. Dengan mencegah gejala sog.okan, Caesar berjaya memαtαhkan struktur utama yang mengukuhkan politik Rom.

Kalau anda berminat untuk membaca lagi mengenai sejarah ROM, kami nak cadangkan buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM untuk pembelian anda. Buat pembelian di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

RUJUKAN:

Erdkamp, P. (2011). A Companion To the Roman (ditapiskan). John Wiley & Sons. Halaman 160.

Freeman, P. (2008). Julius Caesar. Simon & Schuster. Halaman 335.

Slatyer, W. (2014). Ebbs and Flows of Ancient Imperial Power, 3000 BC-AD900. Partridge Publishing Halaman 210.

Wiseman, T. (2017). Julius Caesar: Roman General. Cavendish Square Publishing. Halaman 105.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.