Situasi di Ukraine bertambah tegang selepas Vladimir Putin sekali lagi mengumpulkan bala tenteranya di sempadan Rusia bermula Oktober 2021. Lebih daripada 100,000 anggota sekarang sedang berkampung seolah-olah tunggu arahan daripada Moscow.

Dan pengumpulan ini lengkap dengan segala persenjataan canggih, bagaikan provokasi terhadap kerajaan Ukraine untuk akur pada permintaan Rusia. Dan pada 14 Januari 2022, pihak Amerika Syarikat bersuara bahawa Rusia sekarang sedang mencari justifikasi untuk mewajarkan sebuah peperαngan besar.

Justifikasi perαng (casus belli) ini adalah perkara biasa dalam dunia diplomasi. Macam George W. Bush dulu, justifikasi Iraq adalah persenjataan pemusnah besar (WMD) yang terbukti wujud secara ghaib.

“Had the aim of men been true that day, much would have been…” – Thorin Oakenshield.

Sekarang ini lokasi Ukraine sangat strategik pada mata Putin yang mengidamkan sebuah projek saluran gas asli besar. Cuma serangan secara membabi buta akan membuatkan Ukraine jadi pengkalan Amerika Syarikat… yang tidak membantu idaman Putin walau sedikit pun (Bershidsky, 2021).

Jadi casus belli memang sangat penting, supaya strategi Rusia tidak memakan diri. Ukraine perlu buat sesuatu… atua difitnah telah membuat sesuatu yang mengundang bala Rusia.

Kedudukan Tentera Untuk Mengilas Politik Ukraine

Baru-baru ini kerajaan British mengumumkan sebuah maklumat sulit daripada Moscow.

Maklumat ini diperolehi daripada rangkaian perisikan, yang mengandaikan bahawa Rusia sedang merancang sebuah rampasan kuasa.

Kali terakhir Rusia masuk Eropah, Berlin tumbang.

Maksudnya, Moscow sedang menyusun strategi untuk menjatuhkan Presiden Volodymyr Zelensky untuk kemudian diganti seorang boneka Moscow (Schwirtz, et al., 2022).

Kira sekarang, Rusia hanya mahu Ukraine dengar arahan Moscow sahaja. Dan kedudukan angkatan ketenteraan barangkali untuk memastikan strategi rampasan kuasa ini berjaya.

Di sisi peperαngan, strategi ini masih dianggap suatu serangan… cuma secara subversif. Itu maklumat daripada United Kingdom. Maklumat daripada Amerika Syarikat pula mengandaikan pendekatan offensive yang mana Rusia dituduh sedang menyusun langkah false flag (Sanger, 2022).

Jadi pihak ini cakap ini. Pihak itu cakap itu. Entah-entah kedua-dua pihak merepek meraban. Dan Rusia hanya berkumpul untuk minum kopi.

Kopi Yang Mencelik Mata

Kegusaran Barat sebenarnya berasas juga. Sebelum ini Rusia dianggap sebuah rakan dagang yang boleh dipercayai… bahawasanya segala sentimen Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet wajar dianggap berakhir.

Namun tiada angin tiada ribut – Ukraine tiba-tiba berdarah dengan arus awam menghalau Presiden Viktor Yanukovych keluar daripada Kiev.

Pada ketika Ukraine berdarah dengan orang ramai mengamuk bagai, Yanukovych tiba-tiba hilang dan timbul dalam Rusia iaitu di bandar Rostov-on-Don.

Semua mengamuk kerana Yanukovych enggan masuk Kesatuan Eropah

Apabila ditanya, Yanukovych selamba menjawab, “saya datang untuk berjumpa kawan.” (Walker, 2014).

Ketika ini pula Amerika Syarikat dikaburi sentimen Syria. Jadi Rusia tiba-tiba menyelinap masuk dan merampas Crimea keluar, sebuah strategi yang membuatkan Barat terkejut macam beruk kena renjatan.

Ini yang dirisau Barat sekarang ini… jika Rusia tiba-tiba masuk dan sapu sebahagian Ukraine masuk dalam wilayahnya.

Tetapi mereka tidak kecoh lebih sampai berperαng bagai… sebab mereka tahu Ukraine sebenarnya tiada nilai langsung.

Kalau tidak percaya, tengok macam mana Ukraine terkapai-kapai memaki selepas Jerman enggan membantunya… siap larang Estonia jangan masuk campur (Gordon & Pancevski, 2022).

Sekadar gambaran: Ukraine adalah seorang gadis cantik rupawan yang berada di antara dua lelaki gagah perkasa.

Setelah menolak lelaki bernama Rusia, gadis ini cuba memikat lelaki bernama Eropah. Tetapi gadis ini tidak sedar dirinya pernah melacur (amalan korupsi dan oligarki yang kronik membaham rakyat sendiri).

Jadi dua lelaki tersebut mahu sangat memberi jari tengah. Cuma istilahnya, dua lelaki ini saling tidak mahu tewas… kerana kalau kalah dianggap kurang jantan.

Sesiapa yang sentap dengan gambaran ini dipinta beli buku Putin: Tsar Moden Rusia untuk faham apa Ukraine sebenarnya buat terhadap Rusia (dan Eropah). Pembeli di pautan: http://bit.ly/PutinTsarModenRussia

RUJUKAN:

Bershidsky, L. (2021, Disember 2). Putin Needs a Real Casus Belli To Invade Ukraine. Bloomberg.

Gordon, M., & Pancevski, B. (2022, Januari 21). Germany Blocks NATO Ally From Transferring Weapons To Ukraine. The Wall Street Journal.

Sanger, D. (2022, Januari 14). U.S. Says Russia Sent Saboteurs Into Ukraine to Create Pretext for Invasion. The New York Times.

Schwirtz, M. (2022, Januari 22). Britain Says Moscow Is Plotting to Install a Pro-Russian Leader in Ukraine. The New York Times.

Walker, S. (2014, Februari 28). Viktor Yanukovych urges Russia to act over Ukrainian ‘bandit coup’. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply