Usai pembukaan Al-Quds yang telah diselesaikan oleh Panglima Abu Ubaydah Al-Jarrah dan Khalid Al-Walid, pasukan Islam kemudiannya mara ke arah utara untuk menakluki wilayah yang berhampiran dengan Semenanjung Anatolia. Di sana terdapat sebuah kubu yang ampuh miliknya Empayar Rom.
Pasukan Islam kemudiannya sekali lagi berhadapan dengan pasukan Rom secara terbuka di dalam satu pertempuran iaitu Pertempuran Jisr-Al-Hadid (Jambatan Besi). Di sini, pasukan Muslimin telah berhadapan dengan pasukan Rom secara terbuka.
Pertempuran ini dikatakan sebagai pertempuran yang menentukan jatuhnya province Antakiah ke tangan pasukan Muslimin. Dalam pertempuran ini, pasukan Islam telah memenangi dengan jayanya. Seterusnya, Abu Ubaydah Al-Jarrah kemudiannya merangka beberapa pasukan untuk disegerakkan ke beberapa daerah di dalam wilayah Antakiah ini.
Antara pasukan yang digerakkan ialah, pasukan untuk menakluk Halab (Aleppo), Jazirah dan Daerah ‘Azaz. Kesemua daerah ini telah berjaya ditakluki oleh empayar Khulafa Al-Rasyidin dan sekaligus menjadi titik kegemilangan Empayar Khulafa Al-Rasyidin di wilayah Syam.
Setelah penaklukan Antakiah ini, tiada lagi ancaman yang datang dari Syam untuk menghambat ketakutan sempadan Negara Islam.
Namun, ini tidak bermakna tiada serangan balas yang dibuat oleh pemerintah Rom ke atas pasukan Islam. Pernah serangan balas di buat, pasukan Rom telah melakukan pengepungan semula (634) ke atas kota Damsyik yang dipimpin oleh Thomas. Serangan ini berjaya membuatkan Damsyik berada pada posisi terkepung.
Serangan ini dilancarkan secara bertali arus sehingga pasukan Muslimin pada ketika itu mulai kewalahan. Namun, akhirnya pasukan Islam telah berjaya mengusir pasukan Rom daripada menakluk semula Damsyik.




No comments yet