Bukan semua orang boleh redha apabila kehilangan anak. Betapa pedihnya rasa sampai ada pepatah: “no parents should ever bury their child” (ibu bapa tidak patut sama sekali rasa kesakitan hilang anak). Perasaan ini mungkin menyelubungi hati Mario Lombardo pada ketika beliau membuat keputusan untuk mengebumikan anaknya, Rosalia. Gambar di bawah diambil pada tahun 1982.

Rosalia Lombardo

Masalahnya, Rosalia meninggal dunia pada 6 Disember 1920, seminggu sebelum hari lahirnya. 62 tahun sudah berlalu. Sangat lama tetapi mayatnya masih elok. Bukan hanya pada kulit pula – semua orang kekal sempurna (Jeremiah, 2014). Itulah rahsia yang mensensasikan Makam Capuchin (Capuchin catacombs). Rosalia hanya salah seorang daripada 160 kanak-kanak disimpan di makam ini (Tetzlaff-Deas, 2022), yang asalnya bertujuan untuk mengebumikan para pendeta agama Kristian sahaja.

Kumpulan Agama Yang Berangkaian

Konsep gereja adalah suatu kewajiban dalam menghayati agama Kristian. Gereja yang dimaksudkan adalah institusi agama, bukan setakat bangunan semata-mata. Gereja paling popular adalah Katolik, yang mempunyai pecahan begitu banyak. Salah satu pecahan adalah Kumpulan Pendeta Capuchin (Order of Friars Minor Capuchin). Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1209, kemudian diperbaharui beberapa abad kemudian.

Ini mungkin kali terakhir anda dapat menikmati harga semua buku kami ini dengan harga promosi serendah ini! –
https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mereka mempunyai sebuah kuil yang terletak dalam bandar Palermo di Itali. Sekitar abad ke-16, pengurusan kuil mula berdepan dengan masalah saiz kubur. Kawasan perkuburan kuil ini semakin berkurangan saban kematian, sampai satu tahap pihak pengurusan nekad mengambil keputusan untuk gali ruangan bawah bangunan kuil. Dan pada tahun 1599, salah seorang pendeta mereka iaitu Silvestro of Gubbio meninggal dunia. Pihak pengurusan memumiakan mayat beliau, sebelum disimpan dalam ruangan bawah bangunan ini.

Mayatnya dimasukkan terlebih dahulu dalam paip diperbuat daripada seramik. Kemudian mereka membasuh mayat Silvestro dengan cuka. Mereka buat benda sama pada pendeta-pendeta lain yang meninggal dunia selepas Silvestro. Pejam celik, amalan ini menjadi sebahagian daripada tradisi Capuchin hingga menjadi simbol pendarjatan: “sesiapa yang dikebumikan dengan cara Capuchin adalah sebahagian daripada penyebar-penyebar ayat suci.”

Kos Kena Tanggung Sendiri

Mayat orang awam dibenarkan masuk dalam makam Capuchin selepas tahun 1871. Keluarga boleh pilih pakaian jenis apa yang perlu dikenakan pada mayat. Ahli-ahli agama kekal mengenakan pakaian keagamaan… sementara orang marhaen perlu pakai ikut fesyen semasa. Dan perkhidmatan ini dibiayai derma daripada ahli keluarga mayat.

Selagi mana dana masuk, selagi itulah mayat kekal di ‘tempat abadi’. Jika ahli keluarga berhenti bayar, mayat akan dikeluarkan daripada ‘tempat abadi’ sampai bayaran disambung. Sebab itulah Makam Capuchin ada 1,252 mumia dan 8,000 ‘mayat’ – terdiri daripada lelaki, perempuan, anak dara, kanak-kanak, paderi dan biara.

Ini kira status mayat. (Juan Antonio Segal/CCBY)

Tidak pasti berapa lama keluarga Lombardo bayar untuk jaga Rosalia. Tengok keadaan mumianya, nampak begitu jelas dan nyata Rosalia dijaga lama.

Malah Rosalia juga dipercayai antara orang awam terakhir dikebumikan dalam Makam Capuchin yang kemudian dibuka hanya untuk tujuan pelancongan sahaja. Kumpulan Capuchin masih wujud pada hari ini, dengan jumlah keahlian mencecah 10,000 orang. Setakat ini, mereka masih merahsiakan tujuan keluarga pilih cara pengebumian ini (atau mereka sendiri tidak tahu kerana tiada rekod).

Untuk merungkaikan misteri ini, saintis mencuba nasib dengan teknologi imbasan supaya dapat tengok latar belakang mayat Capuchin. Imbasan boleh mendedahkan pasal gaya hidup dan usia kematian… ataupun jika ada tumbesaran terbantut yang terjadi atas tujuan tertentu. Setakat ini saintis dan sejarawan berpegang yang orang ramai dikebumikan di sini atas tujuan kasih sayang keluarga semata-mata.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Jeremiah, K. (2014). Christian Mummification: An Interpretative History of the Preservation of Saints, Martyrs and Others. McFarland. Halaman 51.

Tetzlaff-Dass, B. (2022, Januari 6). Mysteries over deaths of little ‘doll-like’ child mummies to be probed after 200 years. The Daily Star.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply