Dalam lipatan sejarah manusia, terdapat banyak misteri kematian yang masih belum diselesaikan sehingga hari ini. Antara misteri kematian yang masih membuatkan ramai pengkaji menggaru kepala ialah kisah Princes in the Tower, komposer Rusia Pyotr Ilyich Tchaikovsky dan Raja William II dari England. Tetapi itu tidak boleh mengatasi salah satu misteri pembunuhan paling lama dalam sejarah iaitu Lelaki Clonycavan.

Pada Mac 2003, pihak berkuasa Ireland menemui Lelaki Clonycavan di sebuah kawasan rawa gambut – lebih tepat di Clonycavan, County Meath, Ireland. Ia dikatakan ditemui di dalam sebuah mesin yang menuai tanah gambut. Semasa ditemui, mayat lelaki misteri ini terdiri daripada kepala, leher, lengan, torso dan bahagian atas abdomen. Pihak berkuasa percaya bahagian bawah Lelaki Clonycavan terputus selepas mesin penuai gambut terpotong mayat tersebut kepada dua bahagian.

Ini mungkin kali terakhir anda dapat menikmati harga semua buku kami ini dengan harga promosi serendah ini! –
https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi bagaimana mayat lelaki ini masih terpelihara dengan baik? Rahsianya terkandung dalam rawa gambut itu sendiri. Apabila mayat dicampak dalam rawa, mayat akan terpelihara dalam air di mana ia mengandungi asid yang tinggi, suhu dan peratusan oksigen yang rendah. Disebabkan tiga faktor ini, mayat akan kekal terpelihara selama bertahun-tahun termasuk organ, rambut dan kulit. Ini menjadikan mana-mana mayat yang tersimpan di situ sebagai mumia selepas melalui proses pemumiaan secara tidak sengaja.

Atas sebab itu, saintis yang diberi peluang mengkaji Lelaki Clonycavan merasa terkejut dengan apa yang dilihat. Berdasarkan pemerhatian mereka, mayat lelaki prasejarah itu mempunyai ketinggian 1.57 meter, mempunyai hidung penyek dan gigi jongang. Pentarikhan karbon yang dibuat pada mayat prasejarah itu menunjukkan dia mati sekitar 392 hingga 201 SM sekaligus menjadikannya berusia 2,300 tahun. Lelaki Clonycavan dipercayai mati semasa berusia sekitar 24 hingga 40 tahun.

Sumber: Mark Healey/CC BY-SA 2.0

Pemeriksaan pada mayat tersebut turut membantu saintis membuat satu teori: Lelaki Clonycavan merupakan seorang lelaki yang berpengaruh semasa hayatnya. Ia disokong oleh beberapa bukti. Pertama, kuku pada tangannya menunjukkan Lelaki Clonycavan amat menjaga kebersihan dan penampilan kukunya.

Kedua, penampilan rambut dan janggut yang dimilikinya bukan saja kemas tetapi bergaya bersesuaian dengan statusnya semasa masih hidup. Saintis mendapati bahagian hadapan rambut Lelaki Clonycavan telah dicukur dengan sebahagian rambutnya didandan bagi membentuk gaya rambut Mohawk. Disebabkan dia mempunyai tubuh yang rendah, Lelaki Clonycavan berharap ia dapat diatasi dengan membentuk rambutnya bagi menampakkan dirinya lebih tinggi bila dilihat orang.

Ketiga, saintis turut menemui kesan gel rambut pada rambut Lelaki Clonycavan. Analisis gel mendapati ia diperbuat daripada minyak tumbuhan dan resin pokok pain. Ini turut menepati status Lelaki Clonycavan sebagai lelaki yang berpengaruh dan kaya kerana kedua-dua bahan untuk menghasilkan gel rambut yang digunakannya hanya ditemui di Perancis dan Sepanyol.

Model komputer 3D kepala Lelaki Clonycavan. Sumber: http://jtancient.weebly.com/uploads/1/9/8/4/19842827/473770452.jpg

Tetapi satu perkara yang membuatkan saintis menggaru kepala sehingga hari ini ialah siapa sebenarnya yang membunuh Lelaki Clonycavan. Pemeriksaan mayat yang dibuat Biro Teknikal Garda Siochana (BTGS) (Bahagian Forensik Polis Ireland) mendapati wujud bekas luka dalam pada bahagian atas tengkoraknya dipercayai akibat dipukul. Selain itu, mereka turut menemui kesan kelar dari bahagian hidung hingga ke bahagian bawah mata kanannya.

Mereka percaya luka pada wajahnya itu terhasil akibat tetakan kapak. Selain dua kesan tetakan, BTGS juga percaya isi perut Lelaki Clonycavan ini telah dikeluarkan dipercayai oleh pelaku yang sama. Selain itu, puting Lelaki Clonycavan juga telah dipotong dan dibuang.

Dengan mengambil kira semua dapatan ini, apakah ini bermakna Lelaki Clonycavan ialah seorang raja yang pernah memerintah sebuah puak satu ketika dahulu sebelum disingkirkan dalam satu rampasan kuasa yang bertukar ganas? Kesimpulan ini dibuat berdasarkan satu bukti kecil tetapi penting: puting dada Lelaki Clonycavan yang telah dipotong dan dibuang.

Mengikut adat Ireland lama, rakyat akan menghisap puting seorang raja kononnya sebagai tanda taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada baginda. Tetapi jika puting raja tersebut dipotong, ini menunjukkan seseorang raja itu boleh disingkirkan. Dengan memotong putingnya, maka sang raja sudah tidak boleh menjadi pemerintah baik di dunia nyata mahupun di alam barzakh.

Ada juga yang mengemukakan teori bahawasanya Lelaki Clonycavan mati dalam ritual tertentu sebagai tanda pengorbanan kepada dewi purba Ireland. Dengan menggunakan pelbagai cara untuk membunuhnya, ia mewakili kepercayaan orang terdahulu terhadap dewi berkenaan. Pengkaji sejarah percaya dewi yang menjadi sembahan mereka ini bukan saja mewakili tanah dan kesuburan tetapi turut mewakili kematian, peperangan dan kedaulatan.

Walau apapun teori yang dikemukakan berkenaan cara Lelaki Clonycavan mati, ia sememangnya satu misteri yang terus menggamit minat para saintis sehingga hari ini. Siapa sangka, mayat yang ditemui dalam rawa gambut itu rupanya memberi akses kepada tetingkap masa prasejarah Ireland yang hilang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul manusia, ayuh beli buku GENESIS II yang sudah tiba di Shopee – https://shopee.com.my/Genesis-II-Sapien-Neo-Manusia-(Zamir-Mohyedin)-i.238336777.21215814073

RUJUKAN

Buckley, D. (2011, 3 September). Digging up the past. Irish Examiner.

Reese, M. R. (2020, 11 September). Clonycavan Man: A 2,300-Year-Old Murder Mystery. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply