Ramai anggap lelaki ni jenis tak kisah dalam bab pemakaian kerana asalkan ada baju yang sesuai sahaja sudah cukup. Tapi jangan terkejut, ada juga lelaki yang amat memilih dalam aspek pakaian. Ada yang hanya memilih untuk pakai baju daripada butik ataupun jenama-jenama terkenal. Apa sebab lelaki suka pakai baju jenama terkenal yang biasanya berharga agak mahal?

Ini mungkin kali terakhir anda dapat menikmati harga semua buku kami ini dengan harga promosi serendah ini! –
https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Antaranya adalah lelaki itu memang terlebih daripada mampu untuk beli baju mahal, nak menunjuk kekayaan padahal makan maggi dan sebagai bahan untuk memikat wanita. Jadi terserahlah kepada lelaki nak pakai apa-apapun sekalipun asalkan jangan kacau orang. Walau bagaimanapun ada kajian menyatakan lelaki yang suka pakai baju mahal ini lebih cenderung untuk curang. Bukan setakat itu sahaja kalau lelaki pakai baju mahal siap dengan logo sebesar alam, memang sah kuat curang. Betul ke kajian ini?

Dalam kajian tersebut, seramai 376 responden yang bergelar pelajar telah diminta memilih baju mana yang akan dipakai oleh lelaki sama ada baju mahal berlogo ataupun sebaliknya. Selepas memilih baju, responden dikehendaki mengisi markah dari 1-100 ke atas beberapa perangai lelaki yang suka pakai baju mahal iaitu pantang nampak awek, suka usha awek member, gentleman dan bertanggungjawab.

Dapatan daripada kajian itu menunjukkan lelaki yang suka baju mahal dengan logo besar memang suka tukar-tukar awek. Senang cerita mereka ini memang pantang nampak awek lepas tu awek member lepak futsal pun dia nak usha. Lelaki yang pakai baju mahal berlogo kecil pula lebih gentleman, setia dan sangat bertanggungjawab.

Di samping itu, kajian lain juga ada membuktikan lelaki yang suka pakai baju mahal dengan logo besar ni memang kuat curang. Nak buktikannya, 615 responden telah diminta untuk memilih baju mahal yang akan dipakai oleh lelaki untuk pelbagai event seperti majlis perkahwinan dan berjumpa rakan-rakan.

Kajian itu mendapati lelaki sangat cenderung memakai baju dengan logo besar ketika pergi berjumpa kawan-kawan terutamanya perempuan bagi mempamerkan sisi dominan. Bermakna lelaki tersebut mahu kelihatan lebih berkarisma di mata wanita tersebut. Kalau ada rezeki perempuan itu terpikat, dapatlah pasang dua.

Baju mahal berlogo kecil pula hanya akan dipakai oleh lelaki apabila melibatkan event seperti majlis perkahwinan, berjumpan dengan ibu bapa pasangan ataupun pergi temuduga untuk dapatkan kerja baru. Event sebegitu tidak memerlukan anda tryhard memaparkan betapa kayanya diri ini dan sekadar berpakaian kemas sahaja sudah cukup.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kesimpulannya, dua kajian di atas bukanlah mahu menudur lelaki suka pakai baju mahal sangat kurang curang kerana itu hanya meliputi data daripada bilangan data responden yang kecil sahaja. Kepada wanita di luar sana, sila berhati-hati kerana dua kajian tersebut boleh dijadikan panduan untuk melihat sama ada boyfriend anda curang atau tidak. Jika boyfriend asyik pakai baju mahal sahaja berkemungkinan untuk curang itu amatlah besar. Kalau boyfriend anda suka pakai baju mahal seperti jersi MU dan Selangor, usah risau kerana dia adalah seorang yang setia.

Buktinya dia tetap menyokong pasukan kegemarannya walaupun sudah lama tak menang piala dan asyik buat lawak sahaja setiap musim.

 RUJUKAN:

Randall, I. (2021, April 19). Just do it! Men who wear large logos on their shirts are seen as more promiscuous, study finds. Mail Online. Dipetik daripada https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-9487773/Psychology-Men-wear-large-logos-shirts-seen-PROMISCUOUS-study-finds.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply