Biasa kita dengar tokoh-tokoh pahlawan Pahang seperti Mat Kilau dan Dato’ Bahaman yang menentang British. Jarang pula kita dengar kisah Pawang Nong yang menentang Komunis di Jerantut. Nanti RTM akan keluarkan telefilem jugak tentang Pawang Nong ni sempena Hari Kebangsaan.

 

Siapa Pawang Nong?

 

Haji Nong Taib Santan lahir di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis.

 

Pada tahun 1874, beliau bersama tujuh orang rakannya merupakan pengasas Kampung Ulu Cheka yang dibuka pada tahun 1907 selepas mendapat perkenan Sultan Pahang. Pawang Nong dilantik sebagai ketua kampung dari tahun 1926 hingga tahun 1966.

 

Beliau juga merupakan pengasas Masjid Kampung Ulu Cheka, pawang dan guru silat cekak yang hebat.

 

Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kampung Ulu Cheka dan Kampung Damak tak dimasuki oleh tentera Jepun hasil usaha beliau memagar kedua-dua kampung berkenaan agar ia tidak dilihat oleh tentera Jepun.

 

Beliau juga bertanggungjawab membantu pasukan Force 136 berlindung di sebuah sekolah di Ulu Cheka.

 

Semasa era darurat, Pawang Nong bertemu dengan Pesuruhjaya British ketika itu dan mengadakan rundingan dengan mereka bagi mendapatkan akses kepada senjata api untuk menentang komunis.

 

Beliau membentuk pasukan Home Guard sebagai pasukan pertahanan kampung. Pasukan ni jugak bertanggungjawab mengiringi penduduk yang mahu mendapatkan bekalan makanan di Kampung Damak dan Kuala Kubu di Selangor.

 

Pada tahun 1945, beliau bertanggungjawab menyelamatkan seorang pembesar Pahang yang menjadi tebusan pihak komunis di Tong Kiat (Sungai Jerik), Maran.

 

Bagi menghargai jasanya itu, Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah memberi gelaran Pawang Diraja kepada Pawang Nong. Pawang Nong juga menjadi sumber rujukan pemimpin lain termasuk Perdana Menteri negara yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

 

Sisi keberanian Pawang Nong terserlah apabila terlibat dalam tiga pertempuran menentang pihak komunis di Terbol, Bukit Batu dan Perlok. Tetapi Pertempuran Perlok merupakan pertempuran yang paling sengit dan kisah pertempuran ini diabadikan dalam buku Askar Melayu 50 Tahun hasil karangan Tan Sri Abdul Samad Idris. Tiga pertempuran ini berlaku antara tahun 1948 hingga 1952.

 

Sebagai menghargai jasa dan keberanian Pawang Nong membantu memerangi ancaman komunis, kerajaan Britain melalui Sir Gerald Templer mengurniakan pingat British Empire Medal/Pingat Empayar British (BEM) kepada beliau.

 

Kerajaan Persekutuan turut mengurniakan gelaran Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas sumbangannya kepada keselamatan negara. Kerajaan negeri pula mengurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada beliau atas sebab sama.

 

Pawang Nong kembali ke hadrat Ilahi pada tahun 1977 semasa berusia 103 tahun dan makamnya berada di sebelah Masjid Kampung Ulu Cheka.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Perwira-perwira negara kita telah banyak berjasa dan berkorban untuk memastikan hidup yang aman bagi anak cucu mereka. Bagi menghayati perjuangan perwira-perwira kita, dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN segera!

https://bit.ly/pdhshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply