Sejarah Kesultanan Perak bermula pada tahun 1528 di mana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I ditabalkan di Beting Beras Basah, di Kuala Sungai Perak berhampiran Bagan Datoh.

 

Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki di tanah Perak apabila turun dari bahtera baginda yang belayar dari Kampar. Raja Muzaffar Shah ialah putera kedua kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka terakhir ketika Melaka ditawan Portugis.

 

Sebelum Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki di Perak, 2 pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Shah yang bersemayam di Kampar untuk meminta perkenannya salah seorang daripada puteranya untuk dijadikan Sultan Perak.

 

Baginda Sultan Mahmud Shah memperkenankan permintaan tersebut dan arahkan putera keduanya ke Perak.

 

Sewaktu bahtera baginda Sultan Muzaffar Shah I menghampiri ke Kuala Sungai Perak sehingga sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda dipukul ombak dan terdampar di atas satu beting di tengah lautan.

 

Baginda arahkan supaya dibuang barang-barang yang berat ke laut, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru, “Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ular Saktimuna, Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat, Lepaslah sekalian malapetaka”. Kemudian, Sultan Muzaffar mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut.

 

Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tadi kembali tenang. Bahtera baginda dapat belayar semula. Tun Saban dan pengikutnya melaungkan daulat dan baginda Sultan Muzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

 

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

 

Sejak itu, setiap kali Sultan Perak yang akan ditabalkan perlu datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Kesultanan Perak bukan satu-satunya kerajaan yang pernah memerintah bumi Perak, sebelum itu Kerajaan Gangga Negara pernah memerintah Beruas. KITAB TAMADUN MELAYU ialah lautan untuk korang selam lebih dalam berkaitan kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu ni. Dapatkan segera!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply