Berkesinambungan daripada Pertempuran Muar, berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh Division Pengawal Imperial Jepun terhadap pasukan Division ke 8 Australia dan Brigade Infantri ke-45 India pada 22 Januari 1942 di Parit Sulong.
Pihak berikat dikepung berhampiran jambatan Parit Sulong. Diorang bertempur selama 2 hari sehingga kehabisan segala bekalan. Diorang pun angkat bendera putih.
Pihak berikat ingat Jepun akan patuh Perjanjian Geneva tentang tawanan perang. Jadinya, pihak berikat yang cedera ditawan dan diseksa, ditendang serta dihentak oleh Pengawal Imperial di dalam berek kayu. Lt. Takuma Nishimura arahkan untuk hapuskan tawanan yang cedera.
Petang 22 Januari, tawanan diperintahkan berkumpul di belakang rumah kedai. Kemudian, 3 mesingan yang tersorok menembak semua tawanan. Saki baki yang masih hidup ditikam pula dengan bayonet. Rumah kedai tersebut dirobohkan dan dibakar bersama mayat-mayat.
Ada juga yang diikat dengan kawat besi di tengah jalan dan ditembak mesingan serta dicurah petrol dan dibakar hangus. Digelek pula dengan lori tentera Jepun.
Penduduk tempatan laporkan tawanan perang diikat beramai-ramai dengan kawat dan berdiri atas jambatan. Tentera Jepun tembak sorang sehingga yang lain jatuh dalam sungai Simpang Kiri dan lemas. Hanya 3 tentera Australia terselamat dan hidup sehingga tamat perang.
Lt. Gen Takuma Nishimura disabitkan kesalahan pembunuhan beramai-ramai ni oleh Mahkamah Tentera Australia dan digantung sampai mati pada 11 Jun 1951.
Oleh: Azizul Farhan
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply