Kucing. Siapa yang tak suka kucing (melainkan yang ada masalah alahan). Haiwan peliharaan ini dianggap pelengkap kepada kehidupan domestik individu atau keluarga. Tetapi tidak ramai tahu, apabila kucing menjalani proses pembelajinakan (domestication) lebih 10,000 tahun lalu, ia turut membawa kepada pengurangan saiz otak mereka.
Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah
Dapatan ini diperoleh menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science baru-baru ini. Sebelum ini, pengurangan saiz otak haiwan merupakan antara ciri haiwan yang telah dibelajinakkan. Ia selalunya dicapai menerusi perbandingan saiz otak spesies haiwan domestik dengan spesies haiwan liar dari keluarga haiwan yang sama.
Bagaimanapun, para pengkaji percaya kajian perbandingan itu dilihat tidak lagi relevan. Ini kerana spesies haiwan liar yang digunakan sebagai perbandingan untuk spesies haiwan domestik tertentu berkemungkinan bukan leluhur asal haiwan berkenaan.
Menerusi kajian tersebut, mereka membandingkan otak kucing domestik (nama saintifik: Felis catus) dengan kucing liar Eropah (Felis silvestris) dan kucing liar Afrika (Felis lybica). Para pengkaji mendapati saiz tengkorak kucing domestik termasuk otak lebih kecil berbanding dua spesies kucing liar berkenaan. Saintis turut mendapati isipadu tengkorak kucing hibrid (kacukan kucing domestik dan kucing liar Eropah) terletak antara isipadu dua spesies kucing berkenaan.
Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah
Mereka percaya pemilihan semulajadi untuk penjinakan semasa menjalankan proses pembelajinakan membawa kepada pengurangan penghasilan sel kresta neural. Sel ini dikaitkan dengan keterujaan dan ketakutan sekaligus menyumbang kepada pengurangan saiz tengkorak dan otak kucing. Saintis percaya lebih banyak kajian ke atas spesies haiwan domestik lain boleh membantu memahami kesan proses pembelajinakan terhadap kucing.
RUJUKAN
Sankaran, V. (2022, 28 Januari). Cat brains have shrunk since they were domesticated by humans, new study confirms. The Independent.




No comments yet