Bintang merupakan antara objek angkasa paling cantik yang menghiasi alam. Matahari sendiri adalah sebutir bintang yang setia menerangi Sistem Suria ini, sambil mengelilingi Pusat Galaksi dengan kelajuan 30 kilometer sesaat (km/s).

Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah

Di sisi jemaah bintang seangkasa, Matahari bersaiz biasa (average) sahaja. Ia tidak boleh bertanding dengan bintang R136a1 misalnya, yang 300 kali ganda lagi besar (Tillman, 2018).

Jika bintang seperti R136a1 mati, kesannya sangat dahsyat pada alam angkasa. R136a1 adalah sebutir bintang gergasi (massive star).

Perbandingan saiz.

Kematiannya mesti menyebabkan sebuah lohong hitam (black hole). Ini adalah pengetahuan paling asas tentang fitrah bintang gergasi.

Tetapi baru-baru ini, saintis menemui sesuatu yang baru tentang lohong hitam. Pihak NASA mempunyai sebuah teleskop canggih iaitu Teleskop Angkasa Hubble yang banyak berjasa dalam bab menimba ilmu.

NASA sudah lama tertarik untuk kaji tentang galaksi semburan bintang kerdil (dwarf starburst galaxy) iaitu Henize 2-10, yang terletak 34 juta tahun cahaya jauh.

Pihak ini menghantar Teleskop Angkasa Hubble dan Pencerap Sinar-X Chandra untuk memenuhi kehendak misi.

Henize 2-10

Galaksi Hen 2-10 ini dipercayai masih lagi dalam keadaan janin. Usia bintang-bintangnya masih lagi muda, menjadi asbab kenapa saintis sangat tertarik tentangnya.

Walaupun cahaya cerapannya adalah daripada 34 juta tahun dahulu, ia masih tidak mengubah apa-apa. 34 juta tahun adalah usia mentah dari segi umur galaktik. Bima Sakti (the Milky Way) sendiri berusia 13.61 bilion tahun.

Jadi NASA tumpukan perhatian pada Hen 2-10. Ilmu daripada galaksi ini boleh bantu saintis faham tentang alam angkasa.

Bima Sakti terbentuk selepas gugusan bintang beradu di sebuah titik pertengahan, menghasilkan Pusat Galaksi yang memutarkan kepulan gas dan debu sampai menjadi seperti cakera (Eicher, 2019).

Saintis gigih mencari punca terjadinya Hen 2-10. Setelah sekian lama mencari, saintis dapat buat satu shortlist.

Yang pasti, Hen 2-10 terbentuk bukan kerana gugusan bintang. Pembentukannya adalah kerana sama ada saki-baki supernova atau sebuah lohong hitam. Jadi antara du aini, saintis cuba mendapatkan kesimpulan jelas daripada hasil imbasan radiografi, spektroskopi dan Sinar-X.

Siasat punya siasat, akhirnya jelas: Hen 2-10 terjadi kerana sebuah lohong hitam yang sebenarnya sedang menghasilkan gugusan bintang sendiri (Schutte & Reines, 2022).

Maklumat daripada gambar Hen 2-10

Penemuan ini amat mengejutkan, kerana lohong hitam selama ini disensasikan sebagai pemusnah dan pembinasa. Alih-alih tengok lohong hitam sedang menjadi arkitek angkasa, mencipta bintang dengan berpandukan hukum graviti.

Teori Lohong Hitam Hen 2-10

Status arkitek angkasa membawa konsep baharu. Maklumat yang lohong hitam mampu membentuk dan mengimpal sebuah galaksi telah menarik perhatian NASA untuk banyakkan lagi kajian di Henize 2-10.

Sekarang saintis ingin tahu macam mana lohong hitam ini terjadi. Dari segi jisim, lohong hitam Hen 2-10 adalah sejuta kali ganda lebih berat untuk dibandingkan dengan Matahari.

Galaksi-galaksi lain mempunyai lohong hitam berjisim 1 bilion kali ganda. Jadi memang Hen 2-10 adalah anak dalam angkasa ini. Anak sekalipun, campak Bumi ke lohong hitam Hen 2-10 tetapi jadi donat juga.

Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah

Ikut dapatan semasa, saintis membentangkan tiga teori menarik untuk membayangkan fakta tunggal tentang lohong hitam Hen 2-10:

  1. Ia terbentuk selepas keruntuhan sebutir bintang.
  2. Sesuatu berlaku selepas Big Bang sampai persekitaran Hen 2-10 kondusif untuk ada lohong hitam
  3. Gugusan bintang yang tumpat mempunyai jisim yang cukup untuk meruntuhkan graviti sampai terjadi lohong hitam.

Buat masa sekarang, ketiga-tiga teori ini dianggap bangang kerana tiada asas untuk diangkat sebagai bahan bukti.

RUJUKAN:

Eicher, D.J. (2019, Julai 1). How did the Milky Way Galaxy form? Astronomy.

Schutte, Z., & Reines, A.E. (2022). Black hole triggered star formation in the dwarf galaxy Henize 2-10. Nature. 601 (7893): 329.

Tillman, N.T. (2018, Julai 28). What Is the Most Massive Star? Space


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply