Orc ialah bangsa jahat yang suka buat kacau dalam The Lord of The Ring (LoTR). Namun, korang tahu atau tidak, orc berasal dari bangsa Elve. Morgoth, Dark Lord pertama telah menculik Elve di Cuiviénen. Elve itu telah diseksa dan ditukarkan menjadi Orc.

Di antara Orc yang popular dalam LoTr ialah Azog, Bolg, Golfimbul, Gorbag, Grishnákh, Shagrat dan Uglúk. Ada pasukan Uruk-hai, Half-orc, Hobgoblins, Mordor Orcs, Goblins dan Gundabad orcs.

Tolkien, penulis LoTR memang genius. Worldbuilding LoTR diakui terbaik dunia pasal setiap bangsa ada bahasa sendiri yang Tolkien ciptakan. Orc bercakap bahasa Black Speech dengan loghat orcish dan westorn.

Orc digambarkan oleh Dwarves pertama yang menjumpai mereka sebagai berhati batu, bertubuh buruk, berwajah buruk tanpa senyuman dan bila Orc ketawa bunyinya seperti hentaman logam. Orc mempunyai sifat kejam, sadis, berhati busuk, licik dan membenci semua orang dan segala-galanya. Rata-ratanya pendek kecuali dari suku kaum Uruk.

Kelebihan Orc?

Bangsa ni walaupun nampak bodoh, tapi sangat agresif dalam membangunkan teknologi peperangan. Mesin, peralatan dihasilkan dengan tangan sendiri. Begitu juga, alatan menyeksa paling menyakitkan dicipta oleh Orc. Bangsa ini turut mahir mencipta roda, enjin dan bahan letupan. Mereka boleh menggali lombong dan terowong bawah tanah dengan cepat.

Aksi yang paling tak boleh lupa, bila sorang Orc tu berlari sambil bawa obor api untuk nyalakan letupan. Kebaboomm!!!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Siri LoTR boleh dikatakan epik terbaik dalam genre pengembaraan. Korang yang minat cerita macam ni, mesti minat jugak baca Mahakarya – Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra. Klik https://bit.ly/Adiwangsa2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply