Jika sebut tentang naga, pasti kita teringat kisah-kisah mitologi dari Asia Timur seperti China dan Korea. Tapi, sebenarnya, bangsa Melayu sendiri pun ada mitologi yang berkait dengan naga ini.

Dalam perspektif masyarakat Timur, naga ini sering menjadi simbolik haiwan suci yang penuh keajaiban dan bersifat melindungi manusia. Ia adalah makhluk mitos yang sebenarnya sangat dekat juga dengan masyarakat Nusantara.

Ia dikatakan sebagai antara haiwan terawal yang mucul dari dasar laut purbakala bersama-sama daratan. Dalam mitologi Melayu, peranan yang dimainkan oleh naga ini adalah untuk menjaga tiang seri yang memisahkan tiga petala alam.

Kisah naga dalam budaya tradisional Melayu sudah berakar umbi sejak kerajaan purba Srivijaya lagi. Haiwan ini menjadi lambang kuasa alam yang dihormati semua makhluk ketika itu.

Dalam Sulalatus Salatin, legenda naga atau ular yang dipanggil Saktimuna digunakan untuk mengukuhkan keabsahan daulat raja-raja Melayu. Manakala, dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula, ada diceritakan tentang armada Merong Mahawangsa yang diserang geroda dan naga.

Kisah naga yang paling terkenal di negara kita, pastinya tentang Naga Tasik Chini di Pahang. Dalam kisah rakyat Pahang, naga ini yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum adalah makhluk gergasi yang mendiami Tasik Chini.

Ada tiga mitos utama yang melingkari kisah Naga Tasik Chini. Tapi kisahnya yang paling epik semestinya kisah epik cinta dua naga. Seri Gumum adalah puteri yang telah disumpah oleh dewa menjadi naga dan naga itu akan mati jika terdedah kepada sinaran matahari.

Bagi mengekang sumpahan itu, Puteri Seri Gumum itu terpaksa dikurung di sebuah taman larangan di atas Tasik Chini. Namun, apabila Putera Seri Kemboja yang merantau dari jauh terserempak dengan taman kurungan Puteri Seri Gumum itu, kedua-duanya saling jatuh cinta.

Putera Seri Kemboja akhirnya berjaya memujuk Puteri Seri Gumum untuk meninggalkan Tasik Chini dan mengikutinya pulang. Malangnya, saat mereka melintasi sempadan taman larangan, sumpahan naga yang dikenakan kepada Puteri Seri Gumum telah menjangkiti Putera Seri Kemboja. Dan mereka berdua berubah menjadi naga.

Selain kisah Naga Tasik Chini, kisah Naga Tambuakar juga sangat popular dalam kalangan masyarakat di Pantai Barat Sabah, khususnya di kawasan seperti Bongawan, Papar, Beaufort dan Kuala Penyu. Nama “Tambuakar” atau “Tembuakar” berasal daripada istilah Brunei yang bermaksud tumbuh akar.

Disebabkan inilah, kebanyakan peralatan zaman dahulu seperti keris, perahu dan kendi mempunyai ukiran motif naga. Ia adalah refleksi kisah mitos yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat kita.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.