Dalam banyak-banyak presiden USA, Theodore Roosevelt ni orang yang paling kita tak boleh main gila dengan dia. Lagi kita buat kat dia, lagi teruk dia buat dekat kita balik. Dan sebab ni orang anggap dia sebagai lelaki paling jantan dekat USA.
 
Contohnya, Theodore Roosevelt ni asalnya lahir dengan penyakit lelah yang teruk. Waktu budak lain main bola, dia bergelut nak tarik nafas. kalau orang lain yang ada lelah mungkin akan elak main bola, tapi dia ni tak. Dia benci jadi lemah. Jadi dia paksa diri bina tubuh. Dia berlatih tinju, panjat gunung, berenang dalam air sejuk, sampai akhirnya jadi manusia besi. Bila jadi presiden pun, dia masih lagi tinju dengan tetamu. Pernah mata dia lebam sebab sparring dengan pelatih, tapi esoknya masih terus kerja macam biasa. Tak merungut.
 
Pada 14 Februari 1884, dua wanita paling dia sayang yakni isteri dan ibunya meninggal dunia pada hari yang sama, rumah yang sama. Roosevelt tak buat drama. Dia hilang dari New York, masuk Dakota. Tinggal di tanah tandus, hidup macam cowboy. Kejar pencuri kuda, bergaduh dengan banduan dan tidur bawah langit luas. Di situlah dia jumpa semula dirinya – seorang lelaki yang lahir semula dari kesakitan.
 
Waktu jadi Pesuruhjaya Polis New York, dia serbu bar pada waktu malam untuk tangkap polis yang korup. Bila jadi Timbalan Setiausaha Tentera Laut, dia sendiri letak jawatan masa Perang Sepanyol-Amerika meletus. Kenapa? Sebab dia nak ikut berperang. Dia bentuk unit tentera sendiri, Rough Riders, dan pimpin serangan ke atas Bukit San Juan di Cuba. Peluru ditembak merata tempat, tapi Roosevelt relaks je mara paling depan semasa pertempuran dahsyat ni. Orang Ganu cakap nelang, bekeng gitu.
 
Lepas perang, dia jadi Gabenor New York. Kemudian Naib Presiden. Bila Presiden McKinley ditembak mati pada 1901, Roosevelt naik jadi Presiden ke-26. Umur 42. Presiden termuda dalam sejarah ketika itu. Tapi dia tak buat siri jelajah satu Amerika buat ceramah politik bagai tu macam dekat negara kita.
 
Dia pergi cabar syarikat besar, pecahkan monopoli Standard Oil milik John D. Rockefeller yang juga merupakan syarikat minyak terbesar di dunia waktu tu. Sebab benda ni la kita ada syarikat macam Exxon, Mobil, Chevron yang asalnya dari pecahan syarikat Standard Oil ni. Lepas tu dia ada bantu tegakkan hak buruh dan pekerja dan dia isytihar berjuta ekar hutan sebagai kawasan perlindungan. Sebab benda ni USA ada Taman Negara pertama di dunia. Kenapa dia buat? Sebab dia selalu duduk dekat dengan alam sekitar jadi dia faham kepentingan alam sekitar.
 
Tapi peristiwa paling legend pasal Roosevelt ni ialah pasal kisah dia berucap semasa dalam satu kempen tahun 1912. Waktu tu dia bukan Presiden lagi, tapi tengah berkempen untuk pilihan raya semula di Milwaukee. Tengah turun dari kereta, ada lelaki datang rapat dan tembak dia.
 
Orang sekeliling panik. Darah mula merembes keluar. Tapi Roosevelt tahan. Dia pegang dada dia, tarik nafas. Lepas tu dia sambung bagi ucapan pilihan raya dia di atas pentas selama 90 minit. Dalam ucapan tu dia ada melawak “kamu perlu usaha lebih lagi untuk bunuh rusa Moose jantan.” Sebab benda ni nama dia dikaitkan dengan rusa moose jantan yang terkenal dengan kekentalan dan kekuatannya.
 
Selepas habis berucap, beliau terus dibawa ke hospital dan didapati peluru tu tak masuk dalam sangat pun. Buku manuskrip yang dibawa dalam poketnya menghadang peluru tersebut dari masuk lebih dalam, dan dia selamat disebabkan benda ni.
 
Tapi disebabkan perangai gila Theodore Roosevelt ni, maka wajahnya diukir pada Gunung Rushmoore sebagai sebahagian daripada presiden-presiden USA terbaik dalam sejarah. Menariknya, anak saudara dia yakni F.D. Roosevelt, presiden USA semasa zaman Perang Dunia Kedua tu pun diiktiraf sebagai antara presiden terbaik dalam sejarah USA.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.