Kebangkitan Khulafa Ar-Rasyidin merupakan sebuah kebangkitan kerajaan Islam di Tanah Arab. Bangsa Arab yang tidak pernah kenal erti Adikuasa mulai memahat nama mereka dalam catatan sejarah.

Buat pertama kali, Bangsa Arab dan Islam mulai menempa nama merentasi sempadan Jazirah Arab. Kalau sebelumnya, Rom dan Sassanid Parsi merupakan adikuasa dunia pada waktu itu, kini Kuasa baharu ini mulai bangkit menerpa nama mereka di daratan Levant dan Parsi.

Namun, apakah faktor yang menyebabkan kebangkitan Arab dan Islam ini?

Dalam trivia pendek ini, saya senaraikan dua punca utama bagaimana Kerajaan Islam yakni Khulafa Al-Rasyidin boleh bangkit menuju puncak kegemilangannya.

[Faktor Kepimpinan]
Kepimpinan antara faktor yang menyebabkan bangsa Arab ini mulai menempa nama mereka.

Bagi yang mengetahui demografi, situasi Bangsa Arab. Mereka akan mengetahui bahawa Bangsa Arab ini lengkap dengan kekuatan mereka, ketahanan mereka dan mobilisasi ketenteraan mereka.

Apa yang kurang?
Pemimpin. Ya, Pemimpin yang cerdik sebenarnya penting bagi memandu kekuatan Bangsa Arab ini. Sebelum ini, pemimpin yang ada hanyalah berperanan menjaga Kabilah mereka dari Kabilah yang lain semata mata. Hinggalah kebangkitan Islam di bawah Nabi Muhammad SAW.

Barulah kesedaran ini lahir. Kepimpinan ini diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar dan seterusnya menyatukan Bangsa Arab dibawah panji Khulafa Rasyidin dan seterusnya mengorak langkah menumpaskan Kuasa Dunia pada waktu itu.

[Kelemahan Kuasa Dunia]
Ini juga merupakan sebuah faktor yang besar dalam kebangkitan Khulafa Rasyidin. Kebangkitan ini dipacu dengan kelemahan dua kuasa ini.

Rom dan Sassanid mempunyai sejarah perang yang panjang sementelah tahun 602-622 Masihi. Impak perang yang panjang ini telah melemahkan kekuatan mobilisasi ketenteraan mereka.

Ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu. Begitulah kedua kerajaan ini. Di sela sela kelemahan ini, Khalifah Abu Bakar tampir dengan kekuatan yang tidak terjangka oleh kuasa besar ini sehingga meranapkan kuasa mereka selamanya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.