Budaya cowboy bukan wujud kerana filem koboi. Ia lahir lebih awal, dari ladang-ladang luas dan panas di barat daya Amerika, sebelum dunia kenal apa itu Hollywood. Ia bermula dengan keperluan untuk mengurus lembu ternakan.
Semuanya bermula sekitar abad ke-16, waktu penjajah Sepanyol bawa lembu ke Amerika Tengah dan Selatan. Di Mexico, muncul golongan penggembala berkuda yang digelar vaquero. Mereka ini bukan sekadar penggembala biasa. Mereka mahir dengan lasso, menunggang kuda dengan cekap, dan hidup sepenuhnya di padang terbuka. Pakaian mereka macam topi lebar, but tinggi, poncho, sarung tangan kulit, semua tu ada sebab praktikal.
Menjelang abad ke-18 dan awal abad ke-19, wilayah seperti Texas, California dan New Mexico adalah sebahagian daripada Mexico. Tapi pada tahun 1848, selepas Perang Mexico-Amerika, Mexico kalah dan menyerahkan sebahagian besar wilayahnya kepada Amerika Syarikat melalui Perjanjian Guadalupe Hidalgo. Dari sinilah bermula kemasukan peladang Anglo-Amerika ke tanah-tanah bekas Mexico itu.
Mereka melihat sistem ranching (penternakan) yang digunakan oleh vaquero, dan menirunya. Tapi mereka ubah suai mengikut gaya mereka sendiri. Maka lahirlah budaya cowboy Amerika yakni gabungan budaya Sepanyol dan cara hidup Amerika. Sekitar tahun 1860-an hingga 1880-an, zaman ini dikenali sebagai Era Cowboy – kemuncak aktiviti menggiring lembu secara besar-besaran di Amerika.
Selepas Perang Saudara Amerika tamat pada tahun 1865, pasaran daging di utara sangat tinggi. Texas pula penuh dengan lembu liar yang tidak bertuan. Cowboy-cowboy upahan digajikan untuk membawa ribuan ekor lembu dari Texas ke tempat-tempat seperti Dodge City, Kansas, di mana ada laluan kereta api. Laluan paling terkenal ialah Chisholm Trail, digunakan dari tahun 1867 hingga 1884. Sepanjang laluan ini, cowboy bekerja siang malam, menghadapi cuaca buruk, ancaman penjenayah, dan kadang-kadang pertempuran dengan suku asli Amerika.
Tapi menjelang hujung 1880-an, era itu mula pudar. Rel kereta api dah sampai ke ladang-ladang utama. Pagar berduri diperkenalkan, dan sistem ranch jadi lebih tertutup. Kerja cowboy makin berkurang. Tapi watak cowboy tak pernah hilang dari imaginasi rakyat Amerika. Pada awal abad ke-20, khususnya tahun 1930-an hingga 1960-an, filem-filem koboi meletup di pawagam. Watak seperti John Wayne dan Clint Eastwood menjadikan cowboy simbol keberanian, maskulin, dan semangat ‘lone hero’ yang melawan kejahatan.
Yang ironinya, cowboy sebenar tak seperti dalam filem. Ramai daripada mereka adalah orang Mexico, Afrika-Amerika, dan suku asli. Dianggarkan hampir 1/4 cowboy asal adalah orang Afrika Amerika, tapi sejarah putihkan mereka. Mai ke Hollywood, dia jadi cowboy berkulit putih sahaja.
Tapi tu lah, budaya cowboy ni ibarat budaya samurai di Jepun. Masing-masing anggap itulah archetype romanitisme pahlawan maskulin yang berani dan gagah. Bayangkan kalau anda hidup macam cowboy, membawa lembu ternakan meragut rumput beratus berpuluh kilometer merentas dataran USA yang besar, sambil ditemani sepucuk pistol revolver, kudanya yang setia dan lagu country. Fuhhh style habis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.