Krisis di Kedutaan Jepun ini bermula pada 17 Disember 1996 di Lima, Peru, apabila 14 anggota Túpac Amaru Revolutionary Movement (MRTA) menahan tebusan yang terdiri daripada diplomat, pegawai kerajaan dan tentera serta eksekutif perniagaan yang menghadiri sebuah majlis di kediaman rasmi Duta Jepun ke Peru – Morihisa Aoki , sempena sambutan hari ulang tahun ke- 63 Maharaja Akihito. Lokasi tepat kejadian adalah di San Isidro.

Selepas menjadi tebusan selama 126 hari, kebanyakan tebusan telah dibebaskan dan selebihnya pada 22 April 1997, dalam satu serbuan oleh Komando Pasukan Bersenjata Peru. Dalam serbuan tersebut, seorang tebusan terbunuh bersama-sama 2 orang komando dan semua militant MRTA.

Bagaimana Ia Bermula

Kumpulan gerila dilaporkan telah meletupkan sebuah lubang di dinding kediaman duta tersebut pada sekitar jam 2020, 17 Disember walaupun bangunan itu dikawal oleh 300 anggota polis bersenjata dan pengawal peribadi. Bangunan tersebut dikelilingi tembok setinggi 12 kaki serta jeriji di semua tingkap, dengan kebanyakan cermin tingkapnya bersifat kalis peluru, serta pintu yang mampu menahan impak letupan grenad. Berita kejadian  tersebut telah membuatkan pasaran saham Peru merudum serta-merta.

Pada 22 Disember, Presiden Fujimori telah melakukan sidang media pertama tentang insiden tersebut. Ucapannya disiarkan sejurus selepas ketua MRTA, Néstor Cerpa Cartolini mengumumkan mereka akan melepaskan tebusan yang tidak ada kaitan dengan kerajaan Peru. Dalam bulan seterusnya, mereka telah melepaskan kesemua tebusan wanita dan lelaki. Hanya  72 orang yang terus ditahan.

Pasukan Palang Merah kemudian menjadi orang tengah di antara kerajaan dan pasukan pemberontak itu. Antara yang terus ditahan adalah pegawai tinggi Pasukan Keselamatan Peru termasuk Máximo Rivera – Ketua Pasukan Anti-Teroris Peru (DIRCOTE), dan bekas Ketua Polis Carlos Domínguez. Selain itu turut ditahan adalah Alejandro Toledo, yang kemudian menjadi Presiden Peru serta Javier Diez Canseco – seorang ahli kongres sosialis Peru. 24 tebusan Jepun termasuk ibu dan adik Fujimori sendiri.

Tebusan diselamatkan melalui bahagian bumbung

Tuntutan pemberontak adalah :

  • pembebasan anggota mereka dari penjara sekitar Peru ( termasuk aktivis US Lori Berenson dan isterinya Cerpa).
  • penilaian semula perubahan pasaran terbuka neo-liberal kerajaan
  • membatalkan program bantuan asing di Peru yang dikatakan hanya membantu segelintir kecil segmen masyarakat Peru
  • memprotes keadaan penjara Peru yang dikatakan tidak berperikemnusiaan dan teruk

Kumpulan gerila tersebut dikatakan terdiri daripada pemuda berusia sekitar 20-an dan anggota pasukan khas komando. Dikatakan juga bahawa bilik-bilik di dalam bangunan tersebut telah dipasang bom termasuk di bahagian bumbung, dan pemberontak memakai beg galas yang diisi letupan yang boleh diaktifkan dengan menarik kord pada dada mereka serta mempunyai kelengkapan kereta kebal.

Usaha rundingan dijalankan, termasuk perbincangan antara Fujimori dan Presiden Cuba – Fidel Castro, namun pada 17 Januari, ia terpaksa ditangguhkan. Pelbagai usaha lain telah dijalankan, termasuk usaha pasukan Peru yang memainkan muzik dan rayuan supaya tebusan dibebaskan, namun disambut semburan tembakan senjata oleh pemberontak. Fujimori juga telah berbincang dengann beberapa orang Presiden dan Perdana Menteri negara lain bagi mengusulkan suaka untuk kumpulan tersebut sekiranya mereka bersetuju membebaskan tebusan tetapi semua usaha tidak berhasil.

Fujimori melawat bangunan di mana insiden berlaku, selepas ia berakhir

Pada bulan Februari, suratkhabar Peru – La República, melaporkan tentang kewujudan satu rancangan rahsia oleh kerajaan yang membabitkan penglibatan terus pasukan US. Pelan tersebut dikatakan telah diolah oleh Agensi Perisikan Tentera Peru dan dihantar kepada Fujimori. Pada 17 Februari, The New York Times menulis – “Pembabitan US dalam serangan tersebut adalah penting. Mengikut pelan tersebut,  anggota komando akan didatangkan daripada Peruvian Army’s School of Commandos dan United States Southern Command, berpengkalan di Panama.”

MRTA membatalkan rundingan dengan kerajaan pada Mac selepas mendengar bunyi bising daripada bawah bangunan tersebut. Suratkhabar Peru mengesahkan perkara tersebut dengan mengatakan polis sedang menggali terowong di bawahnya. Ia cuba dikaburi oleh pihak polis dengan memainkan musik kuat daripada pembesar suara dan ditambah oleh pergerakan bising kereta kebal di jalan-jalan berhampiran. Operasi tersebut dikenali sebagai Operation Chavín de Huantar.

Apa yang berlaku?

– salah seorg tebusan, Laksamana Angkatan Laut Peru – Admiral Luis Giampietri diberikan set kecil radio dua-hala  dengan arahan terkod untuk memberikan amaran kepada semua tebusan sebelum operasi bermula. Mereka diarahkan menjauhi semua gerila MRTA

– pakaian berwarna cerah dimasukkan secara rahsia ke dalam bangunan bagi membezakan tebusan dengan pemberontak yang berpakaian gelap

– Cerpa sendiri tanpa sedar telah membantu usaha menyelamat apabila mengarahkan semua tebusan dibawa ke tingkat 2 selepas mendengar bunyi bising daripada bawah bangunan

– alat pendengaran canggih telah diseludup secara sulit ke dalam bangunan melalui buku, botol air dan permainan dalaman. Giampietri dan lain-lain pegawai tentera diberikan tugasan meletakkan alat-alat ini di tempat strategik untuk pasukan penyelamat mencuri dengar perbualan pemberontak

– sebuah model bangunan tersebut telah disediakan bagi membantu rancangan kemasukan pasukan penyelamat

– pada 22 April 1997, pasukan 140 org komando Peru telah dikumpulkan dalam satu unit ad-hoc dinamakan Chavín de Huantar dan menjalankan serangan. Pada 15:23 tengahari tersebut, operasi bermula

– 3 letupan serentak diledakkan di dalam 3 bilik- bilik berlainan di tingkat 1, membunuh 3 pemberontak serta merta – 2 lelaki dan 1 wanita

– melalui lubang yang telah terbentuk akibat letupan itu, serta 2 letupan lain, 30 anggota komando menyerbu bangunan tersebut dan mengejar saki baki pemberontak sebelum mereka sampai ke tingkat 2

– 2 pergerakan lain dijalankan serentak dengan letupan-letupan itu. Dalam letupan pertama, 20 komando menyerang terus pintu hadapan untuk menyertai rakan-rakan mereka yang telah berada di dalam. Di belakang mereka adalah pasukan kedua yang telah membawa dan meletakkan tangga di dinding belakang bangunan

– satu lagi kumpulan komando keluar daripada terowong yang sampai ke laman belakang kediaman tersebut. Mereka terus mandaki tangga yang telah diletakkan. Tugas mereka adalah untuk meletupkan pintu kalis grenad di tingkat 2, yang mana akan menjadi laluan bagi menyelamatkan tebusan, serta membuat 2 bukaan di bumbung supaya mereka boleh membunuh anggota pemberontak sebelum pemberontak itu membunuh tebusan

– kesudahannya, semua 14 anggota MRTA terbunuh, manakala 1 tebusan(Dr. Carlos Giusti Acuña, anggota mahkamah agung yang mempunyai masalah jantung) telah meninggal dunia , manakala 2 anggota – Lieutenant Colonel Juan Valer Sandoval dan Lieutenant Raúl Jiménez Chávez terkorban.

Menurut Agensi perisikan US, anggota MRTA, Roli Rojas didapati cuba melarikan diri dengan berjalan keluar bersama-sama tebusan. Seorang komando terlihatnya, membawanya ke belakang bangunan dan membunuhnya dengan semburan senjata automatik di kepala.

Pelan perjalanan operasi

DATUK AHMAD MOKHTAR SELAT

Beliau merupakan salah seorang tebusan yang terlibat di dalam insiden tersebut. Ketika itu, beliau adalah duta Malaysia ke sana pada tahun 1996. Buku yang menceritakan insiden dan pengalaman beliau, bertajuk “Tupac Amaru Hostage”, telah diterbitkan pada tahun 1997. Sebelum dilantik sebagai duta dan terlibat dalam insiden tersebut, beliau merupakan pengarah operasi yang terlibat dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia dari Kuwait dan Iraq semasa Perang Teluk 1991.

Al-fatihah kepada beliau yang menghembuskan nafas terakhir malam 21 januari 2015i…=WRA=

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply