Sebagai seorang pencandu sejarah seperti saya, salah satu helaian sejarah yang paling menarik untuk diterokai bagi saya adalah Perang Saudara Amerika Syarikat itu sendiri, ketika Konfederasi Amerika (Confederate States) melawan  Amerika Syarikat (United States). Kita semua tahu bahawa perang saudara ini dimenangi oleh Amerika Syarikat, mewujudkan negara Amerika Syarikat yang kita kenal hari ini. Kita juga tahu salah satu faktor utama ialah amalan perhambaan yang membuatkan dua buah persekutuan ini saling berbeza pendapat, sekaligus mencetuskan perang.

Saya kira juga sebelum kita belajar tentang fasa perang saudara Amerika, ada 8 fakta menarik yang boleh dijadikan sebagai pencetus kepada minat kita. Sila rujuk senarai dibawah berikut:

Fakta 1: Perang Saudara Amerika melibatkan negeri-negeri utara melawan negeri selatan. Ia terjadi kerana apabila 11 buah negeri selatan di Amerika Syarikat mula mengumumkan keluar daripada kesatuan mereka kerana tidak bersetuju dengan dasar penghapusan amalan perhambaan pada tahun 1860 dan 1861 sekaligus mewujudkan negara mereka sendiri. Jefferson Davis yang merupakan bekas senator Amerika Syarikat ketika itu dan merupakan Setiausaha Peperangan dilantik menjadi Presiden Konfederasi Amerika ketika itu. Perang tercetus selama 4 tahun, dan hanya pada tahun 1865 barulah Amerika Syarikat berjaya mengalahkan Konfederasi Amerika.

Fakta 2: Abraham Lincoln, yang gambarnya menjadi meme untuk quote yang tidak benar diinternet untuk menyindir pada netizen yang sesenang mempercayai setiap infografik yang mereka baca di internet sebenarnya ialah presiden untuk Amerika Syarikat ketika era perang saudara ini.

Fakta 3: Sebelum wujudnya Amerika Syarikat, terdapat pelbagai peradaban yang berbeza yang mengasingkan diri antara satu sama lain, tidak berdiri dibawah satu panji atau negara sehinggalah pada 1789 apabila mereka akhirnya bersatu dan mewujudkan kerajaan umum berdasarkan perjanjian yang dikenali sebagai perlembagaan.

Ketika sebelum mereka disatukan dibawah satu negara dan perlembagaan, peradaban dan negeri berbeza ini sering kali berperang antara satu sama lain selain daripada menjalankan perdagangan antara mereka. Namun, terdapat kepercayaan pada ketika itu bahawa perlembagaan ini tidak bersifat mengikat mereka, sekaligus mereka boleh keluar bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan. Inilah yang mencetuskan kepada 11 negeri selatan keluar.

Fakta 4: Anak kepada seorang pembalak di Kentucky ini adalah seorang peguam yang kemudian mula memasuki politik pada 1840 dan 20 tahun kemudian, dia berjaya memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Lincoln ialah memerangi amalan perhambaan.

Jangan percaya!

Tindakannya telah membuatkan 11 Negeri Selatan mengisytiharkan keluar dari Amerika Syarikat dan menubuhkan negara mereka sendiri. Namun, kemerdekaan 11 negeri selatan ini ditolak oleh Lincoln, bahkan dia berikrar untuk mengekalkan Amerika Syarikat sebagai satu negara yang bersatu. Dia akhirnya dibunuh pada 14 April 1865 oleh John Wilkes Booth, yang merupakan pengsimpati kepada perjuangan selatan.

Antara faktor yang membuatkan betapa negeri Selatan tidak berpuas hati dengan dasar penghapusan amalan perhambaan di USA adalah kerana ekonomi di selatan masih lagi berasaskan perladangan di mana para hamba digunakan sebagai pekerja perladangan manakala di Utara pula revolusi industri yang melanda yang sedang melanda Eropah sedang mengambil alih.

Akhirnya, 11 negeri yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti South Carolina, Mississippi, Florida, Alabama, Georgia, Louisiana, Texas, Virginia, Arkansas, North Carolina, dan Tennessee mengisytiharkan keluar dari Amerika Syarikat.

Fakta 5: Perang Saudara di Amerika adalah bermula dengan tentera Selatan mula menyerang dan mengebom kubu Fort Sumter yang terletak di South Carolina. Apabila Konfederasi keluar daripada persatuan negara yang dibentuk mereka, Konfederasi meminta agar kubu-kubu yang dididuki oleh tentera Amerika Syarikat diserahkan kepada mereka. Namun, Presiden Lincoln ketika itu menolak permintaan tersebut dan berterusan membekalkan kubu-kubu Konfederasi yang diduduki oleh tentera Amerika Syarikat. Ini memaksa South Carolina mengebom kubu tersebut.

Lukisan yang menggambarkan Fort Sumter dibom oleh tentera Konfederasi, sekaligus memulakan Perang Saudara Amerika.

Fakta 6: Dalam perang saudara ini, ternyata bahawa tentera-tentera Utara mempunyai kekuatan ketumbukan tentera serta material perang yang lebih daripada tentera Selatan. Untuk rekod, ketika permulaan perang saudara, betapa terdapat 22 juta nyawa tinggal di Utara manakala 9 juta tinggal di Selatan, itupun 4 juta daripadanya ialah hamba. Ini memberikan kelebihan kepada Amerika Syarikat berbanding Konfederasi. Walaupun sedemikian, Konfederasi gigih bertahan kerana tatktikal defensive dan juga tentera Selatan lebih berkemahiran berbanding Utara.

Gambaran Pertempuran Gettysburg USA.

Fakta 7: Salah sebuah pertempuran yang paling berdarah dalam Perang Amerika dikenali sebagai Pertempuran Gettysburg yang dikatakan merupakan pencetus kepada kemenangan Amerika Syarikat. Kekurangan bekalan makanan yang semakin berkurangan di Selatan membuatkan Konfederasi terpaksa menukar taktik. Jeneral Robert E.Lee akhirnya membuat keputusan untuk menyerang Utara pada musim Panas 1863 yang akhirnya berakhirnya dengan dikalahkan oleh George G. Meade dalam pertempuran yang berlaku selama 3 hari yang mengorbankan lebih 52, 000 orang terkorban, cedera parah dan MIA (Missing In Action).

Fakta 8: Selepas 4 tahun konflik berlaku, akhirnya pasukan terakhir tentera Konfederasi menyerah kalah pada bulan April 1865. Perang telah membuatkan Selatan bankrap. Jalan raya, ladang-ladang dan kilang dalam kemusnahan. Lebih daripada 620, 000 nyawa terkorban dalam Perang Saudara Amerika, menjadikan perang paling berdarah dalam sejarah Amerika berbanding mana-mana perang yang pernah disertai oleh mereka. Betapa untuk membangunkan Selatan kepada keadaan sebelum perang, mengambil masa lebih 20 tahun yang dikenali sebagai Era Rekonstruksi dalam sejarah Amerika.

Sumber:

Civil War Trust. 10 Facts: What Everyone Should Know About the Civil War. (Pautan: https://www.civilwar.org/learn/articles/10-facts-what-everyone-should-know-about-civil-war)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply