Nurul putus cinta. Perempuan kalau dah stress, apa dia buat? Ya, selain daripada spill tea dengan bestie, Nurul mencekik kek puas-puas sambil air mata membasahi pipi. Patutnya, paling lama seminggu je lah stress-eating ni, tapi Nurul masik takleh move on. Dia bantai setahun makan, makan dan makan.

Apa jadi?

Nurul pun jadi gemok gedempol. Obesiti.

Masalah seperti Nurul ni bukan sepele. Ia sudah jadi krisis universal. Kat barat ada sorang nama Andrew Wilson. Masa baby lagi dia dah berat. Tapi sebab rajin bersukan, masalah berat badan ni dapat dikawal.

Malangnya bila dia dilanda masalah keluarga, Andrew beralih kepada makanan dan minuman untuk mencari ketenangan. Tubunhnya mengalami obesiti dengan berat 200 kilogram. Macam-macam cara dilakukan untuk kembali kepada berat normal, kebanyakannya gagal. Andrew jadi sentiasa lapar, sama macam Nurul.

Bagi sesetengah orang, makan seakan-akan sama kesannya dengan dadah. Boleh membuat lupa rasa sakit buat sebentar. Namun seperti dadah, ia punya kesan buruk.

“Selalunya orang lepas makan dia rasa kenyang. Beza dengan saya, tak pernah rasa cukup. Bukan saha dari segi fizikal, tetapi juga mental,” kata Andrew.

World Health Organization (WHO) menjangkakan, jumlah pesakit obesiti akan meningkat kepada 167 juta orang menjelang tahun 2025. Masalah ini juga sudah menjengah ke negara dunia ketiga.

Ia berpunca daripada makanan yang tinggi gula dan makanan berproses tinggi seperti nuget, keropok kentang dan air bergas lebih murah serta mudah didapati. Benda ni yang sedap!

Sebenarnya, Nurul dan Andrew kena berhempas pulas untuk pulih daripada penyakit obesiti. Ada klinik khas untuk rawatan obesiti yang sedia menerima pesakit jika nasihat agar banyakkan bersenam dan kurangkan makan sudah tidak berkesan.

Nurul, sudah-sudahlah tu makan. Korang kenal Nurul?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply