Sedar atau tidak, kita sudah memasuki zaman pendigitalan. Teknologi Internet dan Kecerdasan buatan (AI) boleh dinikmati dengan mudah oleh semua orang dan kita semakin bergantung dengan komputer. Inilah yang dilihat oleh Klaus Schwab.

Buat pertama kali, sesebuah syarikat boleh mengurangkan pekerja dalam masa sama tidak menyusutkan keuntungan.

Pada tahun 2014, tiga syarikat terbesar di Silicon Valley dengan modal pasaran (1.09 trilion dolar AS) meraih keubtungan 247 bilion dolar AS dengan jumlah pekerja 10x ganda lebih sedikit iaitu 137,000 orang.

“Barangan maklumat” boleh dijadikan bahan niaga dengan kos penyimpanan, pengangkutan dan penyalinan yang minima atau hampir sifar. Contohnya seperti perniagaan Whatsapp, Instagram, Tiktok dan Canva.

Manakala bidang perkhidmatan macam Airbnb, Uber, Alibaba dan Foodpanda menjadi lebih mesra pengguna dan tidak memerlukan khidmat jurujual yang ramai, atas jasa apps yang ada di henfon setiap pengguna.

Revolusi Industri ke-4 ini terlalu cepat dan tidak mampu dihalang.

Ia dirasai segenap generasi dengan pantas dan meluas.

Pada Revolusi Pertama, alat penenun mengambil masa hamoir 120 tahun untuk tersebar ke luar Eropah. Kalau dibandingkan, Revolusi Industri Kedua tidak sepenuhnya dirasai oleh 17% penduduk dunia di masa 1.3 bilion manusia masih kekurangan capaian bekalan elektrik.

Revolusi Industri Ketiga juga tidak dinikmati ramai orang pada awal kemunculannya. Separuh penduduk dunia iaitu sebanyak 4 bilion manusia mengalami masalah kekurangan capaian internet.

Sementara internet telah menjaringi dunia dalam tempoh kurang daripada 10 tahun. Hampir semua orang mempunyai akaun Facebook atau sekurang-kurangnya Whatsapp.

Dunia global yang kita duduki hari ini lebih berbilang sisi dan amat slaing berkait di antara satu sama lain. Teknologi baru mampu menghasilkan teknologi yang lebih baru. Ia mempengaruhi negara, syarikat, perniagaan, masyarakat dan individu.

Memetik kata-kata Klaus Schwab: “Tidak pernah ada zaman yang menjanjikan lebih banyak kebaikan dan sekaligus membawa cukup banyak bencana.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply