Setiap kali menjelang awal tahun baru, bersedialah mendengar pelbagai ramalan di laman media sosial. Salah satu ramalan terkenal ialah ramalan-ramalan yang dibuat oleh Nostradamus. Mengikut kepercayaan sesetengah orang di Barat, figura ini sudah meramal pelbagai peristiwa seperti serangan bom atom Hiroshima dan Nagasaki serta pembunuhan John F. Kennedy. Siapa sebenarnya Nostradamus ini sehingga dipercayai oleh sesetengah pihak di Barat?

Nostradamus atau nama sebenarnya Michel de Notredame dilahirkan pada 1583 di Saint-Remy, Perancis. Walaupun disingkirkan dari sekolah perubatan pada usia muda, itu tidak menghalangnya daripada menjadi pakar perubatan di Agen pada 1530-an. Semasa tahun 1540-an, Nostradamus dikenali kerana memperkenalkan pelbagai alat perubatan yang membantu mengurangkan isu wabak penyakit.

Tetapi lelaki ini lebih dikenali sebagai tukang tilik dan amat popular dalam kalangan ramai orang termasuk permaisuri Raja Henry II Perancis, Catherine of Medici. Malah, namanya mula dikenali selepas dikatakan berjaya meramal kemangkatan baginda. Nostradamus mendakwa seekor singa muda akan menewaskan singa tua di medan pertempuran dengan menusuk mata si singa tua. Henry II kemudiannya mangkat selepas mata baginda ditusuk tombak seorang kesatria lain dalam satu perlawanan laga tombak.

Nostradamus turut dikatakan telah meramal pemergiannya terlebih dahulu. Pada tahun 1566, pada malam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, kata-kata Nostradamus terhadap setiausahanya berbunyi, “Kamu tidak akan melihat aku hidup pada waktu pagi.” Tidak lama selepas itu, beliau mati akibat gout dan mayatnya ditemui pada sebelah pagi.

Semasa hayatnya, Nostradamus banyak membuat ramalan dalam bentuk sajak-sajak beritma. Ia kemudiannya dibukukan dengan judul Centuries/The Prophecies pada 1555. Kemudian, ia dicetak semula untuk edisi kedua beberapa tahun kemudian. Untuk edisi kedua Centuries/The Prophecies, Nostradamus mendedikasikan buku itu kepada Henry II.

Rajah 1: Contoh buku Centuries/The Prophecies yang dikarang Nostradamus.

Nostradamus dikenali kerana suka membuat ramalan yang bersifat kabur dan sukar difahami. Akibatnya, mana-mana peristiwa bersejarah boleh saja disesuaikan mengikut rangkap-rangkap sajaknya.

Contohnya, kisah pembunuhan John F. Kennedy. Mengikut ramalan Nostradamus, seorang lelaki yang baik akan dibunuh dari tempat tinggi dan seseorang yang tidak bersalah akan dituduh sebagai pembunuh. Dari satu segi, Kennedy dibunuh akibat tembakan senapang yang dilepaskan dari tingkap sebuah bangunan perpustakaan di Kansas.

Sementara pembunuhnya Lee Harvey Oswald tidak pernah dibuktikan bersalah dan mati sebelum sempat dibicarakan. Konspirasi yang menyelubungi insiden menyayat hati ini seolah-olah menunjukkan ramalan Nostradamus menjadi kenyataan. Tetapi penulis yang mengikuti kes pembunuhan JFK berpandangan ramalan tersebut tidak tepat berdasarkan kronologi peristiwa pembunuhan beliau yang dibuat beberapa tahun sebelumnya.

Ada juga ramalan yang dikatakan sama dengan insiden direkodkan dalam sejarah. Misalnya, Nostradamus mendakwa dua buah kota bakal mengalami kemusnahan yang tidak pernah disaksikan di mana-mana. Ia berkemungkinan serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki di mana skala kemusnahannya tidak pernah disaksikan oleh manusia.

Rajah 2: Nostradamus dikatakan telah meramal serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Rangkap sajak Nostradamus yang sama turut menyebut tentang kebuluran dan penularan penyakit selepas kedua-dua kota tersebut musnah. Ini berkemungkinan merujuk kepada kebuluran dan penyakit-penyakit radiasi yang dialami populasi dua bandaraya itu selepas serangan.

Tetapi yang paling membuatkan namanya dikenali ialah ramalan tentang kemunculan Adolf Hitler. Mengikut catatannya, Nostradamus meramalkan seorang budak lelaki muncul dari Eropah Barat, datang dari keluarga miskin dan mampu memimpin tentera dengan lidahnya.

Ia dilihat bertepatan dengan Hitler di mana beliau mempunyai latar belakang keluarga miskin dan lahir berhampiran Hister. Walaupun ada mengatakan itu merupakan kesilapan terjemahan, Hister ialah satu kawasan Danube yang berhampiran dengan tempat kelahiran Hitler. Dan seperti semua sedia maklum, Hitler amat berkarisma dalam kalangan ahli rejim termasuk pihak tentera.

Benar, Si Misai Kontot menginspirasikan kejayaan awal kempen Blitzkrieg semasa tahun-tahun awal Perang Dunia Kedua (WWII). Tetapi kesilapan demi kesilapan taktikal terutama di Medan Timur akhirnya memakan diri. Hitler kemudiannya membunuh diri pada 30 April 1945 bersama isterinya Eva Braun.

Ia mengundang persoalan, apakah ramalan Nostradamus benar-benar boleh dipercayai? Dengan pelbagai kenyataan yang kabur, mana-mana peristiwa bersejarah boleh saja diubah agar bersesuaian dengan setiap sajak beritmanya.

Sebagai seorang Muslim, amat molek untuk mengingatkan bahawasanya ramalan sebegini wajib ditolak dan tidak dipercayai sepenuhnya. Ini kerana perbuatan meramal masa depan bersifat syirik di sisi agama. Justeru, berhentilah mempercayai perkara sebegini dan sentiasa berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman hidup.

RUJUKAN

Readman, K. (2021, 7 Jun). Nostradamus and Hitler: Could a 16th Century Physician See the Future?. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply