Tutankhamun adalah seorang figura termasyhur hanya melalui propaganda sejarah sahaja. Baginda sebenarnya tidak pernah memerintah kerajaan, yang selamat di dalam tangan seorang penguasa politik bernama Ay.

Dan baginda dikebumikan dengan tatahan emas yang bukan main berpinar lagi. Kebetulan pula ketika zaman Tutankhamun, kerajaan Mesir Purba mencapai satu tahap kegemilangan dengan politik yang stabil.

Jadi imej Tutankhamun sempat digilap dengan baik, sampai sejarawan dulu menyangka baginda sangat berdaulat.

Kalau tengok pada mαkαmnya, memang Tutankhamun kelihatan hebat. Lebih daripada 5,000 artifak dikeluarkan daripada kompleks mαkαmnya. Jasad Tutankhamun pula ditemani sebuah topeng emas yang dibuat begitu cermat.

Topeng Tutankhamun.

Tidak cukup dengan itu, ramai dalam kalangan kumpulan pertama meninggal dunia beberapa bulan selepas masuk dalam ruangan mαkαm Tutankhamun. Kira daulat habis, sampai ada sumpahan siap.

Alih-alih tengok Tutankhamun ada macam-macam sindrom genetik seperti Marfan, Frohlich, Klinefelter dan banyak lagi (Markel, 2010). Kerohanian baginda terjejas teruk akibat buah zαkαr tidak begitu berfungsi (hypogonadism).

Dadanya pula membulat seperti seorang wanita (gynecomastia). Mulutnya sumbing. Saraf tunjangnya membengkok mirip scoliosis. Kakinya tempang, dengan pereputan tulang akibat penyakit persis Freiberg dan Kohler.

Senang cakap, baginda adalah apa yang orang Barat cakap “walking disease”.

Ini gambaran digital yang dibuat berdasarkan jasad baginda.

Baginda mαηgkαt pun pada usia 18 tahun, sangat muda dengan simtom anemia. Memang dasar propaganda betul.

Majlis Pengebumian Yang Tergegas

Selepas pemasyhuran, seorang firaun akan membina kuil dimana baginda akan dikebυmikan. Secara tidak langsung, kuil menjadi simbol untuk dimegah-megahkan. Kadang 10 tahun pun tidak cukup untuk siapkan kuil.

Sebab itulah segelintir firaun tidak ditempatkan dalam kuil tersendiri… kerana mereka mαηgkαt secara tidak sangka.

Tutankhamun pergi terlalu awal. Kuil baginda tidak sempat disiapkan. Jadi baginda ditempatkan dalam sebuah mαkαm sementara, yang disediakan untuk orang lain. Simpan pun selama 70 hari sahaja (Hawass, 2004), sebelum dipindahkan ke Thebes dimana baginda disemadikan sampai ditemui pada 4 November 1922.

Penemuan ketika itu.

Sejak ditemui, saintis banyak mengkaji pasal Tutankhamun. Itulah sebab hari ini kita tahu banyak benda perihal baginda. Sampai fungsi buah zαkαr pun diselongkar habis.

Tetapi pada tahun 2010, saintis temui satu benda baru pasal Tutankhamun. Mereka jumpa bintik-bintik kecoklatan pada jasad baginda.

Pada mulanya, kerajaan Mesir sekarang sangka bintik-bintik ini berlaku sebab pembawaan pelancong. Jadi saintis datang membuat ujian DNA… yang membuka jendela baru ke zaman dulu.

Rupa-rupanya, bintik ini terjadi akibat pemumiaan yang tidak dibuat dengan sempurna. Maksudnya jasad Tutankhamun diuruskan dengan cepat.

Mereka terlalu bergegas sampai cat dinding belum kering pun sudah tutup habis semua pintu mαkαm (Harvard Unviersity, 2011).

Cat dinding ini belum kering lagi sebelum mαkαm ditutup.

Akibatnya, ruangan pengebumian Tutankhamun jadi lubuk mikroorganisme. Saintis masih tidak tahu mikroorganisme jenis apa yang tumbuh dalam ruangan ini… sama ada bakteria, virus atau kulat, belum dikenal pasti lagi.

Pentadbiran Mesir cuma risau jika mikroorganisme ini masih hidup. Silap-silap kecoh pula jadinya, dengan berita penularan penyakit baru. Sangkut paut dengan firaun, mesti satu dunia boleh jatuh histeria.

Namun saintis mendapati mikroorganisme tersebut sudah lama mαti selepas ruangan mαkαm kering. Tidak pasti kenapa pengendali mαkαm terlalu bergegas.

Mungkin percubaan untuk simpan cepat-cepat untuk memastikan kompleks mαkαm tidak diketahui sesiapa… kerana zaman dulu memang kerap berlaku rompαkαn mαkαm. Ambil contoh Firaun Amenhotep I yang mαkαmnya teruk dijαrαh perompαk.

RUJUKAN:

Hawass, Z. (2004). The Golden Age of Tutankhamun: Divine Might and Splendour in the New Kingdom. American University in Cairo Press. Halaman 61.

Markel, H. (2010, Februari 17). King Tutankhamun, modern medical science, and the expanding boundaries of historical inquiry. JAMA. 303 (7): 667-668.

Universiti Harvard. (2021, Jun 8). Tut, Tut: Microbial growth in pharaoh’s tomb suggests burial was a rush job. Science Daily.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply