Bila tengok Nobita, dia ni nampak macam tak berguna sangat. Belajar malas, suka tidur siang dan lepas tu asyik minta bantuan Doraemon. Usaha sendiri tak mahu. Jauh betul dengan sikap orang Jepun normal.
Tapi sebenarnya watak Nobita dalam cerita Doraemon tu adalah kritikan kepada cara hidup orang Jepun. Kenapa pulak?
Masyarakat Jepun ni digambarkan sebagai orang yang sangat kuat bekerja. Bayangkan je lah deme tak akan balik selagi mana boss tak balik. Malah sesiapa yang balik awal, akan dipandang serong.
Bab kerja pulak memang tiptop dan sangat berdisiplin. Deme pantang betul kalau ada apa-apa kesilapan mudah. Sekarang ni kita tengok Nobita ni.
Datang sekolah lambat, suka berlengah-lengah dan kuat tidur. Tak macam orang Jepun langsung. Sebenarnya sikap Nobita ni adalah sindiran kepada hidup orang Jepun tu sendiri.
Ye lah bekerja dah macam robot. Sebab tak boleh balik ontime. Ada sesetengah tu tak dapat OT pun bila balik lambat. Situasi ni membuatkan orang Jepun stress hingga ada yang bunuh diri.
Jangan terkejut sebab ada juga yang mati sebab terlalu kuat bekerja. Itu belum cerita tentang orang Jepun yang bekerja sangat tetapi dibayar begitu sedikit.
Nobita tunjuk yang orang Jepun sepatutnya rilek sikit macam dia. Nanti mesti ada yang cakap, jadi macam Nobita habislah matematik tak pernah lulus dan kerja sekolah tak pernah siap.
Cuba korang tengok Nobita dalam filem-filem Doraemon. Dia ni adalah watak yang paling berguna sekali dalam filem. Biarpun nampak pemalas dan tak ada masa depan tapi bila diperlukan, dia boleh buat.
Maknanya dekat sini Nobita nak tunjuk, kita perlahan dan rilek bukan bermakna tak mampu berjaya. Boleh berjaya tapi kena bijaklah. Bak kata orang Kelantan, work smart.
Kalau nak tahu sifat dan sikap orang Jepun ni macam mana? Baca je KITAB TAMADUN JEPUN. Cepat beli dekat https://bit.ly/KTJepunWebstore
Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply