Ada seorang kesatria Kristian Sepanyol ini pernah berkhidmat di bawah kerajaan Islam Andalusia. Sampai beliau meninggal dunia, warga Sepanyol pandang satria ini sebagai wira mereka walaupun dulu Sepanyol dan Andalusia adalah musuh!

 

Siapakah kesatria Sepanyol yany berkhidmat bersama tentera muslim Andalusia ini?

 

Kesatria itu ialah El Cid atau nama sebenarnya ialah Rodrigo Diaz de Vivar. Rodrigo adalah tentera kerajaan Castile yang berkiblatkan Kristian. Masa tu Raja Sancho II yang memerintah. Rodrigo memberikan kesetiaan dengan memenangi pertempuran melawan tentera muslim Andalusia.

 

Setelah lama berkhidmat, akhirnya Rodrigo dibuang negeri oleh Raja Alfonso VI, pengganti Raja Sancho II kerana raja ini begitu cemburu dengan kepopulariti Rodrigo sebagai pahlawan sentiasa menang dalam kalangan rakyat Castile.

 

 

Ditambah dengan tindakan Rodrigo selamatkan penempatan rakyat sekitar istana Gornaz pada tahun 1081 tanpa kebenaran raja, Raja Alfonso murka terus laksanakan hukuman buang negeri.

 

Tapi, Rodrigo tidak berputus asa. Malah, beliau bersama tentera yang setia kepadanya mencari raja baru untuk berkhidmat kembali sebagai kesatria. Pencarian demi pencarian, Rodrigo terpaksa pergi ke Zaragoza yang ditadbir oleh musuhnya, iaitu kerajaan muslim Andalusia.

 

Tiba ke Zaragoza, Rodrigo terpesona dengan layanan warga muslim sana walaupun kedua-dua pihak mempunyai beza agama. Rodrigo terus menghadap emir Zaragoza bernama Yusuf al-Mu’taman ibn Hud (Al-Mu’taman) dan menawarkan khidmatnya.

 

Al-Mu’taman menerima tawaran tersebut dan Rodrigo menjadi jeneral baru Zaragoza yang memimpin tentera-tentera muslim Afrika Utara dan Arab. Peristiwa ini menjadi sejarah yang menarik di mana Rodrigo menjadi pahlawan Kristian pertama berkhidmat dengan kerajaan muslim!

 

Al-Mu’taman memberikan gelaran baru kepada Rodrigo iaitu ‘El Cid’. Nama ini adalah nama yang dipendekkan dari nama ‘Al-Sayyid’ yang bermaksud tuan. Maka, nama El Cid melekat dalam diri Rodrigo dan menjadi nama yang disebut-sebut oleh masayarakat sekitarnya.

 

Dengan adanya El-Cid, beliau tidak gentar menyerang tentera-tentera Kristian kerana telah ada raja baru untuk beliau berkhidmat. Pada tahun 1084, El-Cid mengharumkan kerajaan Andalusia dengan mengalahkan tentera Aragon di kota Tortosa.

 

Masuk tahun 1090, El-Cid bersama gabungan tentera Kristian dan muslim berjaya menakluk Valencia dari pengaruh kerajaan Barcelona. Pada tahun 1094, El-Cid berjaya menghentikan pemberontakan Ibnu Jahhaf dan melantik dirinya sebagai raja Valencia baru.

 

Selain menjadi raja, El Cid memegang jawatan baru iaitu ketua majistret kepada warga Muslim dan Kristian bagi memastikan bahawa dirinya sebagai penjaga keharmonian kedua-dua masyarakat yang berbeza agama.

 

Pada akhir hidup, El Cid mangkat pada tahun 1099. Mayat El Cid dibawa ke Castile dan dikubur berdekatan gereja San Pedro de Cardeña, Burgos. Kisah hidupnya terkubur sehinggalah abad ke-12 Masihi, El Cid dikenang sebagai hero nasionalis Castile.

 

Kemudian, El Cid terkenal sebagai hero Sepanyol melalui puisi bertajuk ‘The Song of the Cid’ dan drama teater bertajuk ‘Le Cid’ ciptaan Pierre Corneille yang dipersembahkan pada 1637. Dari sumber dunia Islam, catatan El Cid menakluk Valencia telah direkodkan oleh sejarahwan Arab bernama Ibn Alqamah.

 

Inilah sejarah panjang tentang seorang pahlawan Kristian yang berjaya mengharmonikan rakyat Sepanyol dan rakyat Andalusia, tidak mengira kawan atau lawan!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply