Apa perasaan korang, kalau jenazah yang korang sedia nak tanam, tiba-tiba hidup semula? Itulang yang berlaku kepada sebuah keluarga di China.

Li Xiufeng dah berumur 95 tahun. Bak kata orang, rumah kata pergi kubur kata mari. Bila-bila masa je boleh goal.

Satu hari, kepalanya terhantuk di rumah. Selepas dua minggu, penduduk kampung di Beiliu, Guangxi mendapati yang nenek ni terbaring kaku di atas katil. Semua orang dah ingat dia mati.

Orang kampung pun letakkan Li Xiufeng ke dalam keranda. Ikut adat diorang, selama seminggu jenazah akan disimpan di dalam rumah bagi memberi peluang kepada sanak saudara untuk pulang dan memberi penghormatan terakhir. Ikut kepercayaan diorang juga, barang peribadi si mati mesti dilupuskan.

Tetapi, sesuatu yang mengejutkan terjadi pada hari ke-6.

Nenek tu dijumpai memasak kat dapur!

Takkanlah dah jadi hantu pun nak kena memasak kan? Letih la.

Rupa-rupanya, Li Xiufeng cuma pengsan. Dia punya koma tu sampai orang ingat dia dah mati. Jirannya semua pelik. Pasal diorang dah puas panggil dan kejutkan nenek ni, tapi takde apa. Tu yang diorang ingat nenek ni dah mati.

Yang kuban-kuban je nenek ni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply