Sekejap kata, “Allah duduk atas Arasy”. Lepastu dakwa, “Semakin tinggi orang tu, semakin dekat dengan Allah”. Maka tak hairanlah, ada agamawan yang cakap bumi ini flat untuk mendukung akidah Allah duduk di atas langit! Yang flat tu rumah kau, bukan bumi!

Ada agamawan yang kepercayaan mereka melanggar dua hukum iaitu akidah dan sains.

Kalau nak kata lagi tinggi tempat kita, lagi dekat dengan Allah, maknanya kaki panjat Genting lagi dekat la dengan Allah? Ini dah macam kepercayaan Greek kuno yang percaya atas Gunung Olympus ada 12 Tuhan. Masalahnya, kalau kita kata Allah duduk di atas langit, samalah seperti mengatakan Allah bertempat serupa dengan makhluk. Inilah akidah mujassimah dan musyabbihah yang menyesatkan.

Untuk merasionalkan keyakinan ini, diorang tak boleh terima bumi itu bulat.

Sebab bagi bumi yang bulat, di sekelilingnya itulah langit. Ketika di Kuala Lumpur sedang waktu pagi, di London pula sedang waktu malam. Sebab kota Kuala Lumpur dan London masing-masing langitnya menghala ke arah yang berbeza, timur dan barat. Bukankah belahan bumi yang menghadap matahari akan menjadi siang, sementara yang membelakangi matahari akan menjadi malam.

Kalau orang Kuala Lumpur yang di timur kata Allah duduk di atas langitnya, maka orang London nak kata apa? Adakah bagi orang London yang langitnya di barat, Allah itu di bawah mereka pula? Waiyazubillah! Sebab ini bagi realiti bumi bulat, akidah Allah bertempat telah melanggar hukum sains yang disepakati ramai.

Kepala agamawan tu jadi rosak sebab ikut imam-imam yang juga mendakwa bumi itu rata. Masalah ini berpunca daripada salah menafsir dan bersikap literal ketika membaca ayat al-Quran tentang bumi yang dihamparkan.

Allah atas langit=bumi ini rata. Memang ngam dengan akidah sesat.

Allah tidak sama dengan makhluk. Sifat mengambil tempat, berjisim dan berarah itu semua sifat makhluk. Jangan kita samakan dengan Tuhan. Allah berfirman: “dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. (Surah al-Ikhlas ayat 4).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply