Bila bercakap tentang ciptaan teragung Tamadun China terhadap dunia, pasti ramai kata kertas. Ye lah sebab kertas telah buat ilmu berkembang dengan sangat pesat masa zaman Abbasiyah. Selain tu ada ciptaan lain yang beri kesan besar kepada dunia.
Ciptaan apa tu?
Paling berpengaruh sekali adalah jam mekanikal. Alahhh jam jarum yang korang letak dekat dinding rumah dan pakai dengan tangan tu. Benda tu telah dicipta oleh seorang sami buddha iaitu Yi Xing di China sekitar tahun 725.
Dia pada mulanya cipta jam mekanikal itu hanya untuk menentukan waktu sebenar anak pertama maharaja China dilahirkan. Sebab deme mahu anak yang betul-betul layak sahaja menjadi maharaja China.
Dari situlah manusia tidak perlu lagi bergantung kepada matahari, bulan dan bayang-bayang untuk menghitung waktu. Sebab sebelum ni sebagai contoh, manusia perlu berdiri tengah panas untuk tahu bila waktu tengah hari. Kalau tak ada bayang-bayang tu kira dah masuk tengah hari lah.
Bila ada jam mekanikal, semua tu dah tak payah nak buat. Sampai kje jam ni ke Eropah pada abad ke-13, terus dunia deme berubah. Dia punya impak sampai menjadi sangat penting semasa Eropah memasuki revolusi perindustrian. Sebab dengan jam mekanikal inilah deme boleh ukur waktu bekerja.
Jadi berterima kasihlah kepada Yi Xing sebab berjasa mencipta jam mekanikal. Dengan ciptaan dia lah, kehidupan kita semakin mudah. Nak beribadat ikut awal waktu pun sudah sangat mudah.
—
Tamadun Cina dah banyak beri sumbangan kepada dunia dan deme adalah bangsa purba yang masih lagi wujud. Kalau nak tahu lebih banyak tentang TAMADUN CINA, mohon baca KITAB TAMADUN CINA. Cepat sambar di https://bit.ly/kitabtamaduncina