Perasan tak bila beli barang baru je mesti kita akan sangat teruja. Tapi lama-lama rasa terbeban sampai sakit kepala memikirkannya. Ada kes tu pulak sampai berhutang setinggi langit. Dia punya efek tu nak makan pun payah.
Situasi inilah yang dipanggil sebagai cute little cafe syndrome. Apa benda ni?
Cute little cafe syndrome ni berasal daripada kegilaan Michael Idov yang nak buka kedai kopi. Sebab dia yakin, kopi ni ada permintaan dan setakat nak buka kedai ni mudah je.
Dia pun buka kedai kopi kecik dengan harapan dapat jimat kos dan tarik ramai pelanggan. Dekat situ boleh dapat banyak untung katanya. Masalahnya lepas 6 bulan, kedai kopi Michael Idov lingkup.
Sebab dia terpaksa tanggung kos bahan mentah yang tinggi, waktu kerja macam tiada lagi hari esok dan kerugian begitu besar. Nak tak nak, cara paling selamat adalah tutup je.
Samalah macam kita semua, ghairah sangat nak pakai honda ketam dan iphone 16 pro max. Kita pergi buat loan dan terus lulus. Kita punya seronok bukan kaleng-kaleng. Dapat je ketam dengan iphone terus tayang dengan caption “achievement unlock”.
Sampai je bulan ketiga dan keempat, mula kita rasa gundah gulana. Sebab terpaksa bayar amaun yang besar sampai nak makan pun susah. Mula lah rasa menyesal apa semua. Itulah yang dipanggil sebagai cute little cafe syndrome. Sebab kita mengikut kemahuan secara membabi buta tanpa fikirkan kesan di masa hadapan.
Kepada korang semua, nak beli apa-apa fikir dulu. Takut nanti dah terhantuk baru nak tergadah. Orang lain gelak je.
—
Kalau korang tak nak terkena cute little cafe syndrome? Apa kata jom baca PSYCHOLOGY OF MONEY. Cepat beli https://bit.ly/psychologyofmoneyshopee