Ya, memang tak masuk akal tapi sebenarnya memang ada seorang pereka telah hasilkan jubin diperbuat najis siput ini di Belanda!
Idea jubin najis siput telah diutarakan dan diusahakan oleh seorang pereka bernama Lieske Schreuder yang merupakah lulusan jurusan seni di Utrecht School, Hilversum. Idea ini diutarakan semasa pereka dari Belanda ini memerhati diet pemakanan siput.
Ada beberapa ekor siput sibuk memakan kertas dan kadbod di luar rumahnya. Lieske begitu teruja dengan pemakanan siput itu, kemudian melakukan eksperimen ringkas dengan memberi siput makan kertas berwarna.
Lama-kelamaan, beliau membeli beratus-ratus ekor siput dari sebuah ladang ternakan siput, kemudian membina sebuah makmal kecil untuk melaksanakan eksperimen kecilnya.
Keputusan menunjukkan bahawa siput bukan sekadar boleh memakan kertas berwarna, malah ia keluarkan najis yang berwarna sama dengan warna kertas. Contohnya, kalau siput itu memakan kertas berwarna biru, najisnya yang keluar juga berwarna biru!
Macam mana najis siput boleh keluarkan warna sama dengan warna kertas? Sebenarnya, semasa makan, siput berupaya menyerap pigmen warna dari kertas berwarna itu, kemudian pigmen itu dikeluarkan dengan campurkan bersama bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan siput.
Dari campuran itu, terhasilnya najis siput yang bermacam-macam warna menarik! Di sinilah Lieske mendapat idea bernas bagi memanfaatkan najis siput berwarna ini.
Lieske membina sebuah mesin khas untuk memproses najis siput untuk hasilkan kepingan jubin berwarna. Cara hasilkan jubin unik itu ialah Lieske kumpulkan sejumlah najis siput dan masukkan dalam mesin khas itu.
Mesin khas akan mengisar dan mengadun najis tersebut, dan acuan itu ditekan dan dikeringkan. Setelah kering, barulah terhasilnya jubin berwarna yang mempunyai permukaan yang kasar. Tahap keutuhan jubin itu tidak diketahui, tapi apa yang pasti keutuhannya berbeza kerana bahan-bahan pembuatan berbeza dengan jubin biasa.
Ujar Lieske, najis siput berwarna juga boleh dihasilkan sebagai gulungan benang. Tapi untuk hasilkan gulungan benang ini bukan mudah. Untuk satu meter benang, enam gram najis diperlukan dan mengambil masa hampir satu jam untuk dihasilkan.
Nak dapatkan enam gram najis pula perlukan sembilan ekor siput dan memakan kertas selama lima hari. Walaupun penghasilannya begitu lama, tapi Lieske ada merancang untuk hasilkan karpet hiasan dinding diperbuat dari najis siput berwarna!
Projek jubin najis telah dipamerkan dalam pameran Biodesign The New Institute Rottherdam, Belanda pada 27 September 2013 hingga 26 Januari 2014.
Walaupun ramai antara kita rasa jijik dengan projek najis siput ini, tapi bagi para akademik dan konservasi alam, ini adalah usaha yang kreatif bagi mengitar semula kertas melalui pencernaan siput, kemudian hasilkan bahan yang berguna.
Tapi, nasib baik penciptaan jubin unik ini sekadar projek seni saja, kalau dikormesialkan entah berapa banyak keping jubin najis siput ini telah dipasarkan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih