Bulan ialah satu-satunya satelit semula jadi yang sentiasa mengelilingi Bumi, bagi pastikan ada fenomena siang dan malam, serta lautan sentiasa ‘hidup’ dengan sistem pasang surut.

 

Memandangkan batu-batuan di Bulan ada mineral-mineral yang penting untuk industri, boleh ke kita melombong Bulan itu?

 

Untuk mengetahui sama ada kita perlu melombong Bulan atau tidak, kita kena fikirkan empat perkara yang penting sebelum mengambil keputusan yang di luar dari pemikiran manusia ini.

 

[Keperluan Melombong Bulan]

 

Projek Artemis yang tengah pihak NASA usahakan bukan sekadar mencipta sejarah manusia kembali ke Bulan, malah mencari peluang jika Bulan boleh dilombong.

 

Syarikat-syarikat angkasa persendirian yang fokus ke projek angkasa seperti dari China berlumba-lumba untuk pergi ke Bulan semata-mata lakukan perkara yang sama.

 

Perlombongan mineral di Bulan penting untuk menampung kos perbelanjaan projek angkasa yang begitu mahal. Apa-apa barangan dibawa ke angkasa memerlukan kos yang tinggi. Malah kos membawa air bersih ke pangkalan satelit melebihi harga emas!

 

Perlombongan di Bulan juga diperlukan untuk dapatkan sumber tenaga untuk kapal angkasa, seperti melombong ais di Bulan dan jadikan sebagai bahan bakar yang terdiri dari hidrogen dan oksigen.

 

Lagi satu, Bulan boleh jadi pengganti kepada Bumi yang telah sekian lama dilombong. Dengan mendapatkan mineral nadir dari Bulan, industri elektronik mendapat sumber logam yang banyak, seperti cip-cip dalam telefon bimbit.

 

Jadi, sebab-sebab inilah mengapa NASA dan syarikat angkasa persendirian berlumba-lumba ke Bulan!

 

[Impak Besar Apabila Bulan Dilombong]

 

Apabila Bulan dilombong, perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah debu-debu yang akan keluar apabila permukaannya dikorek atau digerudi.

 

Tambahan pula, Bulan tidak ada atmosfera. Jadi, debu-debu dari permukaan dikorek akan mudah bertempiaran ke seluruh Bulan, malah keluar ke angkasa.

 

Debu-debu Bulan ini akan tiba ke planet-planet lain seperti Bumi dan mencemarkan atmosfera. Jadi, saintis perlu fikirkan permasalahan debu-debu Bulan ini sebelum memulakan aktiviti perlombongan.

 

 

[Perlanggaran Perjanjian The Outer Space Treaty]

 

Perjanjian The Outer Space Treaty (1967) telah menggariskan bahawa Bulan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana negara. Tapi, tidak jelaskan tentang perlombongan mineral di Bulan.

 

Pada tahun 1979, Perjanjian Moon Treaty telah dilaksanakan, di mana Bulan dan segala benda terdapat di sana diiktiraf sebagai ‘warisan kemanusiaan’. Jadi, perlombongan Bulan tidak dibenarkan sama sekali.

 

Masuk ke tahun 2020, Perjanjian Artemis Accords dilaksanakan, di mana perlombongan dibolehkan tapi harus mengesahkan penolakan Perjanjian The Outer Space Treaty ke atas larangan pemilikan Bulan.

 

Maka, penyelesaian tentang perlombongan Bulan mengikut perjanjian yang telah dilaksanakan masih dalam perbincangan. Pihak NASA dan seluruh agensi angkasa perlu berbincang semeja jika mahu Bulan dilombong.

 

[Keadaan Pekerja Lombong Di Bulan]

 

Perkara ini juga harus dititikberatkan. Jika aktiviti perlombongan Bulan terjadi, adakah para buruh lombong harus ke sana, atau hanya perlukan mesin khas untuk melombong mineral di angkasa?

 

Banyak perkara perlu diteliti jika para buruh lombong dihantar ke Bulan. Sistem jam bekerja, kesihatan para buruh, dan jangka hidup di lokasi luar Bumi.

 

Jika kesihatan tubuh badan buruh tidak dititikberat, masalah kesihatan akibat terdedah terhadap ruang angkasa berlaku, seperti tulang dan otot mengecil dan penyakit tulang seperti osteoporosis.

 

Tambahan lagi, penyakit kanser dan masalah kesuburan akan terjadi akibat terdedah dengan kesan radiasi kosmik. Jadi, kesihatan tubuh para buruh sangatlah penting untuk laksanakan perlombongan Bulan.

 

Dengan keempat-empat perkara ini, jika kesemuanya dapat diselesaikan, tidak mustahil ketamadunan manusia dinaiktaraf oleh mineral-mineral yang dilombong dari Bulan!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.