Eropah pada zaman pertengahan bukan sekadar terkenal dengan penguasaan gereja ke atas para rakyat yang hanya bertani saja, tapi terkenal dengan banyak jenis hukuman seksaan semata-mata penjenayah mengakui kesalahannya!

 

Antara banyak jenis hukuman, hukuman lidah kambing ialah antara hukuman paling menyeksakan berbanding hukuman yang popular seperti ‘iron maiden’.

 

Hukuman lidah kambing dijalankan dengan kaki penjenayah diikat dan tapak kaki disapu dengan garam. Kemudian, perlaksana hukuman membawa seekor kambing dan ia terus menjilat kaki si penjenayah.

 

Mungkin ada antara kita merasa lawak dengan hukuman sebegini. Yelah, apa yang sakit sangat dengan jilatan kambing itu. Tapi, tanggapan anda semua salah! Sebenarnya, lidah kambing tidak seperti lidah manusia!

 

Permukaan lidah kambing sangat kasar seperti kertas pasir. Apabila lidahnya bersentuhan dengan kulit, tidak ada merasa geli, malah merasa sakit dan ngilu, sampaikan si penjenayah teriak kesakitan oleh ‘geseran kertas pasir’ di kakinya!

 

 

Hukuman lidah kambing biasa dilaksanakan di sebahagian wilayah Timur Tengah selain Eropah. Terdapat sebuah risalah bertajuk ‘Tractatus de indiciis et tortura’ yang ditulis oleh pendeta Itali bernama Franciscus Brunus de San Severino, menjelaskan hukuman ini dan membantah perlaksanaannya.

 

Terdapat karya bertajuk ‘Monodies’ yang ditulis oleh ahli teologi dan sejarawan bernama Guibert de Nogent, memberitahu bahawa hukuman lidah kambing telah dilaksanakan sejak era empayar Rom.

 

Walaupun hukuman ini diiktiraf sebagai hukuman paling menyeksa, tapi ia tidak dikategorikan sebagai hukuman mati. Hukuman ini hanyalah dilaksanakan kepada penjenayah yang lakukan jenayah kecil.

 

Kesan psikologi penjenayah juga terjadi apabila jalankan hukuman ini, di mana wujudnya sikap malu dari dipandang rakyat kerana kesakitan luar biasa dari jilatan haiwan ternakan. Hukuman ini juga adalah cara yang begitu berkesan untuk si penjenayah mengakui kesalahannya!

 

Hukuman lidah kambing ini menunjukkan bahawa rakyat Eropah memanfaatkan ciri-ciri haiwan dalam perlaksanaan hukuman seksa kepada para penjenayah. Jadi, jika anda nak rasa kulit digeser ‘kertas pasir’ semula jadi, cubalah minta kambing jilatkan!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.