Orang Amerika terutamanya Amerika Syarikat begitu taksub dengan ekspedisi pencarian harta karun kerana mereka banyak menerima cerita peninggalan harta dari tokoh terkenal seperti ketua lanun dan para raja kaum asal.
Salah satu pencarian harta karun yang popular ialah harta karun milik raja kaum Aztek bernama Montezuma II. Cerita ini bermula pada penerokaan penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Hernan Cortes pada tahun 1519.
Apabila pasukan Cortes tiba di pinggir ibu kota Tenochtitlan yang dikelilingi oleh tasik, Raja Montezuma II menerima kunjungan pasukan penjajah Sepanyol itu kerana mereka dianggap sebagai dewa matahari yang kembali dari alamnya, iaitu Quetzalcoatl.
Kedatangan pasukan Cortes disambut sangat meriah oleh masyarakat Aztek, kemudian Raja Montezuma II memberikan hadiah berupa emas sebagai korban untuk diberikan kepada pasukan Cortes yang dianggap sebagai dewa mereka.
Cortes begitu teruja akan pemberian itu, tapi tidak berpuas hati dan percaya bahawa raja kaum Aztek itu menyimpan sangat banyak harta berupa emas. Cortes memaksa raja itu untuk serahkan lebih banyak harta tapi baginda menolak dan bertegas bahawa harta yang diberikan sudah cukup sebagai korban.
Cortes kemudian memenjarakan Raja Montezuma II, seterusnya menceroboh setiap bangunan ibu kota bersama-sama sekutu yang membenci kaum Aztek, iaitu kaum Tlaxcalan. Beberapa bulan kemudian, ramai warga Aztek ditahan dan diseksa supaya mereka berikan lebih banyak harta yang Cortes inginkan.
Pada bulan Mei 1520, penjajah Sepanyol semakin melampau dengan hapuskan ramai para bangsawan apabila mereka melakukan ritual penyembahan dalam kuil utama Tenochtitlan. Tindakan penjajah ini mengundang amarah para rakyat, kemudian bangkit melawan kerana tidak tahan dengan ‘amukan dewa’ mereka.
Pasukan penjajah Sepanyol yang semakin berkurang akibat serangan rakyat Aztek menjadikan Raja Montezuma II sebagai ‘benteng’ untuk berdamai. Tapi tindakan tersebut gagal kerana raja itu telah mati sama ada akibat dicederakan oleh salah satu tentera penjajah atau cedera dilontar batu oleh salah satu penduduk Aztek.
Penjajah Sepanyol terpaksa berundur dengan membina jambatan bagi hubungkan ibu kota di tengah pulau dengan tanah besar, setelah banyak jambatan telah dimusnahkan oleh rakyat Aztek sendiri.
Pada 1 Julai 1520, pasukan Cortes yang berbaki telah keluar dari Tenochtitlan tapi malangnya masih dikejar oleh rakyat Aztek yang berang. Ramai tentera penjajah telah dihapuskan dan harta-harta yang mereka bawa juga hilang, menyebabkan Cortes kehilangan ramai tenteranya, termasuklah harta rampasan.
Kehilangan harta rampasan itu telah dijadikan sebagai kisah lagenda dalam kalangan pemburu harta karun. Telah banyak petunjuk mereka terima bagi mencari keberadaan harta karun milik Montezuma II tapi sehingga sekarang masih tidak ditemui.
Salah satu teori ialah banyak harta telah dibuang ke dalam Tasik Texcoco yang mengelilingi Tenochtitlan oleh penjajah Sepanyol bagi meringankan beban mengangkat harta, tapi ramai pemburu gagal menemuinya.
Ada juga teori popular di mana penjajah telah membawa harta ke kawasan utara, sehingga sejauh Utah, Amerika Syarikat. Tapi masih ramai pemburu gagal mengesahkan teori tersebut.
Walaupun gagal, tapi para pemburu harta karun masih berusaha untuk membuktikan kebenaran harta karun milik Raja Montezuma II, agar mereka dapat menempa nama sebagai penemu harta karun yang sangat bernilai!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih