Tahukah anda, Nabi Isa pernah berjumpa Nabi Yahya. Maryam, iaitu ibu baginda adalah anak saudara kepada Nabi Zakariya, bapa Nabi Yahya. Merekalah keluarga Imran yang diberkati!

Kisah-kisah yang akan disebutkan boleh ditemui dalam kitab Qasas al-Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir.

Pada suatu hari, Nabi Isa bersalaman dengan Nabi Yahya sambil tersenyum.

Justeru, Nabi Yahya pun berkata, “Oh saudaraku, mengapakah aku melihatmu ketawa, seakan-akan engkau memang sudah selamat?”

Nabi Isa menjawab, “Aku juga merasa hairan, mengapakah engkau bermasam muka. Adakah engkau berputus asa?”

Kemudian, Allah menurunkan wahyu kepada kedua-dua nabi ini, “Sesungguhnya, apa yang lebih Kusukai di antara engkau berdua ialah yang lebih banyak bermanis muka dengan saudaranya.”

Nabi Isa berpesan kepada saudaranya, “Hai Yahya, engkau telah diperintahkan untuk mengajarkan lima kalimah kepada Bani Israil. Apakah aku atau engkau yang harus mengatakannya?”

Pada suatu hari, mereka mengumpulkan Bani Israil di sebuah tempat. Nabi Yahya ingin menyampaikan perkara yang amat penting kepada kaumnya.

“Oh kaumku, Allah menyuruhmu agar menyembah Allah semata-sama dan janganlah menyembah selain-Nya.

Perumpamaannya seperti seorang hamba yang dibeli oleh tuannya. Tiba-tiba, hamba itu bekerja dengan orang lain. Siapakah yang menyukai hamba sebegitu? Sungguh Allah telah menciptakanmu dan memberimu rezeki agar engkau menyembah-Nya dan tidak kepada selain-Nya.”

Bani Israil semuanya memandang Nabi Yahya dengan tekun.

“Allah menyuruhmu untuk solat. Sungguh Allah memandangmu dengan kasih sayang selama engkau tidak berpaling daripada-Nya. Ketika engkau solat, janganlah engkau berpaling daripada-Nya. Allah menyuruhmu untuk berpuasa.

Perumpamannya seperti sebotol minyak kasturi di tengah-tengah orang ramai yang wangiannya harum semerbak. Begitulah bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum daripada bau minyak kasturi pada pandangan Allah.”

Nabi Isa mengiyakan kata-kata Nabi Yahya.

“Allah menyuruhmu bersedekah.

Perumpamaannya seperti orang yang dibelenggu kerana ditangkap musuh. Orang itu pun membebaskan dirinya dengan bayaran sehingga dia dibebaskan.

Allah menyuruhmu banyak berzikir mengingati-Nya.

Perumpamaannya seperti orang yang dikejar musuh. Tiba-tiba, ada benteng yang menyelamatkannya daripada serangan musuh. Selama seseorang itu berzikir mengingati Allah, zikir akan menjadi benteng yang sangat kuat dan tidak mampu dirobohkan oleh syaitan.”

Orang ramai mendengar semua butir bicara Nabi Yahya dengan keinsafan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Kisah menarik seperti ini boleh korang baca lagi dalam Kitab Tamadun Islam. Dapatkan segera sempena Jualan Akhir Tahun The Patriots. Boleh dapat kalendar tau! Klik: https://shp.ee/xbw7qam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply