Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita pemergian legenda M. Daud Kilau yang pernah mewarnai dunia kita suatu ketika dulu.
Bila cerita pasal M. Daud Kilau pasti takkan terlepas nak cerita pasal Man Laksa. Satu-satunya filem yang menampilkan beliau.
Filem ni mengisahkan suasana malam temasya yang diadakan untuk membantu orang kampung yang baru sahaja ditimpa kecelakaan.
Malam temasya ini diuruskan oleh Man si penjual laksa demi memikat hati buah hatinya, Cah anak si tok ketua.
Man Laksa ni sebenarnya merupakan filem parodi tentang industri hiburan tanah air.
Man Laksa ialah gambaran kepada penggiat-penggiat industri di belakang tabir. Pentas itu ialah gambaran kepada industri itu sendiri dan di pentas itu penggiat-penggiat industri akan disuruh berbuat apa sahaja demi populariti mereka.
Mamat juga meluahkan menyatakan kekagumannya terhadap artis-artis yang terkenal sekitar 60 dan 70an, iaitu Ahmad Jais dan Saloma. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais lakonan Zahid AF2 jelas kemelayuannya.
Di dalam filem ini, Lirik lagu yang dinyanyikan oleh Saloma pula menggambarkan peredaran cita rasa industri muzik tempatan. Mamat cuba menampilkan melalui lirik lagu tersebut agar kita perlu melakukan evolusi terhadap industri muzik tanah air kita.
Pada masa yang sama, jangan lupakan pada yang lama. Kenyataan ini juga dapat dilihat ketika tiga orang budak, Nasir Ramli dan Rosli yang mewakili generasi baru yang membawa perubahan baru tetapi tidak diiktiraf. kerana menentang arus.
Mamat Khalid juga sering mengkritik masyarakat di dalam filem-filemnya. Di dalam filem Man Laksa, Mamat cuba mengkritik sikap sesetengah manusia yang suka mengambil hak orang lain dengan meminta bantuan kepada pihak berkuasa walaupun dia tidak berada di dalam kesusahan.
Bayangkan, macam mana rumah Pak Maon boleh terbakar di musim banjir? Di dalam keadaan wabak covid-19 inipun, terdapat segelintir manusia yang suka mengambil hak orang lain. Diberi alasan susah padahal job bersepah.
Man Laksa juga merupakan sebuah homage kepada masyarakat sekitar 70an. Mamat memasukkan beberapa babak seperti beratur di tandas, kirim surat melalui adik dan banyak lagi yang sememangnya sinonim dengan suasana yang berlaku ketika zaman tersebut.
Mamat juga mengkritik sikap kronisme yang berlaku di dalam masyarakat dan dalam pertandingan. Kita boleh lihat jelas sewaktu babak pertandingan di mana salah seorang pemenang merupakan saudara kepada pengacara majlis manakala pemenang utamanya merupakan kekasih Tuan DO ( Pegawai Daerah).
Pengerusi temasya juga merupakan dua pupu kepada Tuan DO. Jadi jelas di sini, kronisme masih wujud walaupun di peringkat kampung.
Jadi kesimpulannya, Man Laksa bukanlah sebuah filem yang kosong. Filem ini bukanlah filem yang terbaik, tapi filem ini cukup sarat dengan kritikan sosial yang bukan sahaja membuat penonton befikir, malah terhibur dengan filem ini.
Persoalan yang terakhir, bagaimana rumah Pak Maon boleh terbakar di musim banjir?
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada legenda-legenda di dalam filem ini yang telah kembali ke rahmatullah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pelik-pelik perangai manusia ni. Tapi memang itulah lumrahnya, nak faham psikologi manusia dengan lebih mendalam? Dapatkan The Human’s Complex segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply