Paus biru ialah satu-satunya haiwan terbesar dunia selepas tamatnya era dinosaur. Tiada haiwan lain yang mampu tandingi saiz panjang paus mencecah 33 meter dan berat melebihi 200 tan!

Tapi, paus biru bukan dikategorikan dalam kumpulan ikan. Paus ini lebih dekat dengan kumpulan badak air, menjadikan haiwan ini antara mamalia yang tinggal dalam lautan.

Ada sejarah menarik kenapa paus biru ini selesa tingfal dalam lautan padahal dirinya sendiri dari kelas mamalia. Kita kembali ke 50 juta tahun dulu. Masa tu moyang paus bernama Pakicetus, iaitu haiwan herbivor yang merangkak di daratan. Kemudian moyang ini menukar gaya hidup menjadi haiwan karnivor. Dari tubuh badan berupa rusa menjadi tubuh badan gabungan anjing dan haiwan reptilia.

 

 

Sehinggalah wujud spesis moyang paus bernama Protocetid, iaitu antara keluarga paus biru yang mengalami evolusi yang ketara menjadi haiwan semi-akuatik.

Protocetid hidup di Asia Selatan pada 50 juta tahun dulu, kemudian berenang begitu lama dalam lautan. Lama-kelamaan lahir spesis paus baru yang beradaptasi dengan kawasan akuatik seperti spesis paus Ambulocetus yang hidup pada 49 juta tahun dulu. Di sinilah lahirnya keluarga paus sekarang.

Bukti paus biru adalah generasi dari moyang Pakicetus ialah dari sirip paus itu sendiri. Tulang dan otot dalam sirip ini sangat menyerupai kaki haiwan. Ini membuktikan keluarga paus mengalami evolusi selama 8 hingga 15 juta tahun.

Saintis masih mencari sebab mengapa keluarga paus berevolusi menjadi haiwan mamalia akuatik. Teori yang mereka sepakat buat masa ini ialah moyang paus menjadikan kawasan berair sebagai mekanisma pertahanan dari menjadi sumber makanan pemangsa.

Jadi, paus biru adalah bukti proses evolusi memang berlaku dalam dunia haiwan, bukan alami pembentukan (creationism) seperti kebanyakan orang percaya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply