Korang bayangkan, bila kapal armada Rom merempuh je, tiba-tiba api besar menyambar ke kapal musuh. Bayangkan betapa gegak gempita kapal lawan yang diserang dengan senjata rahsia Rom, “Greek Fire”.

Malangnya, formula greek fire tidak lagi ditemukan.

Greek fire digunakan sebagai senjata kapal perang Rom. Ia akan menyembur cecair yang boleh menjadikan api marak dan cepat menyambar ke kapal musuh. Apa yang menggerunkan, api dari serangan greek fire ini tidak mudah untuk dipadamkan dengan air. Ia amat berkesan untuk menyemburkan api ke kapal, benteng dan tentera lawan.

Rom Byzantine merahsiakan formula greek fire dengan ketat. Seiring kejatuhan empayar itu, formula senjata terbut turut lenyap dalam lipatan sejarah. Kita cuma mampu membaca kehebatannya dari rekod ketenteraan lama. Sudah banyak cubaan dari kerajaan lain untuk mencipta bahan yang sama, namun semuanya menemui kegagalan.

Tapi, ada yang berhipotesis, bahan yang digunakan dalam greek fire adalah naphtha, sejenis cecair mudah terbakar yang dihasilkan dari petroleum atau coal tar. Ia sangat mudah terbakar dan boleh menyalakan api secara langsung di udara. Boleh jadi, ia dicampur lagi dengan bahan lain seperti quicklime, sulfur, resin, dan potassium nitrate. Semua bahan ini berkesan untuk menambahkan kemusnahan yang dilakukan greek fire.

Bagaimanapun, sukatan untuk semua ramuan tadi masih gagal dipastikan.

Dari catatan sejarawan, greek fire mula-mula digunakan pada 678 SM oleh Byzantine bagi menghalang kemaraan kerajaan Arab yang menyerang kota Constantinople. Ia juga digunakan semasa pertempuran laut dan darat seperti pengepungan kota Thessalonica, Tyre, Crete dan Jerusalem.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply