Semalam (10 Februari 2022) merupakan ulang tahun ke-764 kejatuhan Baghdad di tangan tentera Mongol, Dari segi skala peristiwa berdarah, kengeriannya masih tidak boleh diatasi peristiwa berdarah lain seperti Pertempuran Somme dalam Perαng Dunia Pertama (WWI), Stalingrad dalam Perαng Dunia Kedua (WWII) dan kekejaman rejim Pol Pot. Dalam tempoh 12 hari, kota itu jatuh selepas dikepung oleh tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan.

Menjelang abad ke-13, Baghdad dianggap sebagai antara kota terbaik di dunia. Ini kerana di sinilah pusat pendidikan dan kebudayaan yang terulung dengan kebanyakan aktiviti penterjemahan karya dibuat di Baitul Hikmah. Kebanyakan karya ilmu asing ini diterjemah ke Bahasa Arab sebelum disimpan di situ.

Para cendekiawan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama dialu-alukan di kota itu. Disebabkan sumbangan besar mereka dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, perubatan dan falsafah, mereka dibayar upah lumayan. Pendek kata, sesiapa yang mahu menuntut ilmu atau membongkar penemuan ilmu silam, maka destinasi utama mereka ialah Baghdad.

Bagi para pemerintah Abbasiyah, kuasa mereka semakin pudar susulan tempoh ketidakstabilan yang dikenali sebagai Anarki di Samarra yang berlaku dari 861 hingga 870. Mereka sekadar figura di atas takhta dengan kuasa sebenar dipegang oleh golongan tertentu dalam kalangan pembesar atau tentera. Di sebalik itu, pengaruh mereka sebagai khalifah masih diakui oleh emir-emir Ayubiyah di Syria dan pengganti Dinasti Ayubiyah di Mesir, Dinasti Mamluk.

Sebelum serαngan ke atas Baghdad pada 1258, pihak Mongol sebenarnya sudah lama mensasarkan Baghdad selama 20 tahun. Ia telah diarahkan oleh Genghis Khan dan penggantinya, Ogedei pada tahun 1230-an. Kebanyakan serαngan tertumpu di Irbil dan ada ketikanya terlalu hampir dengan Baghdad. Bagi penduduk Iraq dan kawasan sekitarnya, mereka tahu serαngan sebegini kerap berlaku setiap tahun.

Rajah 1: Pihak Mongol sudah lama mengintai Baghdad sejak era Genghis Khan lagi.

Bagaimanapun, tidak semua serαngan ini berakhir dengan kejayaan. Ini kerana pihak Abbasiyah berjaya mengusir mereka keluar dari Iraq pada 1238 dan 1245. Kejayaan ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada mereka untuk mengetuai usaha diplomasi dengan Mongol dengan harapan membatalkan niat mereka mengganggu rantau Timur Tengah.

Tidak ramai tahu, hubungan diplomasi Abbasiyah-Mongol sudah terjalin menerusi penghantaran ufti tahunan kepada khagan Mongol dan menghadiri upacara pertabalan khagan. Buktinya, khalifah terakhir al-Musta’sim telah menghantar duta menghadiri pertabalan Guyuk Khan sebagai khagan pada 1246 dan Mongke Khan pada 1251. Semasa era Guyuk, baginda meminta al-Musta’sim untuk tunduk kepada pemerintahan Mongol – satu permintaan yang ditolak mentah-mentah oleh pihak Abbasiyah.

Rajah 2: Mongke Khan

Setahun sebelum serαngan, Mongke memberi mandat kepada kekandanya, Hulagu untuk menawan Mesopotamia, Parsi dan Syria. Walaupun arahan tersebut tidaklah secara jelas menyatakan kebenaran untuk menggulingkan al-Musta’sim, tetapi baginda tetap mengeluarkan arahan memusnahkan Baghdad dikeluarkan. Ia dilaksanakan sekiranya al-Musta’sim terus berdegil dan enggan mengiktiraf kedudukan Mongol.

Bagi memastikan serαngan ke atas Baghdad berjalan lancar, 150,000 orang tentera dikumpul melalui kerahan tenaga di setiap wilayah Empayar Mongol. Ia turut disertai oleh kontinjen Kristian dari Armenia, Georgia dan Frank (kumpulan tentera salib yang memerintah Antioch) serta 1,000 orang pakar artileri China. Ini berdasarkan catatan sejarawan Parsi Ata-Malik Juwayni yang disebut dalam kitab Tarīkh-i Jahān-gushā.

Sebelum mara ke Baghdad, sasaran pertama pihak Mongol ialah saki-baki wilayah Asia Tengah dan Parsi yang masih belum dikawal mereka. Setelah itu, mereka mengalihkan sasaran kepada kumpulan Hashashin yang berpangkalan di Alamut. Kumpulan ini disasarkan selepas sebelum ini cuba membμnuh Mongke dan rakan Hulagu, Kitbuqa. Menyedari kumpulan ini menjadi duri dalam daging kepada setiap kerajaan, kumpulan ini dihapuskan.

Berita kejatuhan kumpulan Hashashin tersebar luas di setiap pelosok Timur Tengah ketika itu. Pihak Mongol kemudiannya memberi kata dua kepada al-Musta’sim: patuh kepada syarat yang dikenakan Mongke atau bersedia menerima akibat. Maklum balas baginda mudah saja, menolak semua tuntutan yang dikenakan pihak Mongol atas nasihat penasihat dan Perdana Menterinya Ibnu al-Alkami.

Namun begitu, sikap terburu-buru al-Musta’sim memberi maklum balas sebegitu rupa pada akhirnya membawa padah. Ini kerana baginda tidak memanggil emir-emir Ayubiyah atau kerajaan Mamluk untuk membantu memperkukuh kedudukan Abbasiyah di Baghdad. Selain itu, pihak Abbasiyah juga tidak memperkukuh kedudukan pertahanan mereka – dipercayai atas saranan Ibnu al-Alkami.

Ramai ahli sejarah melihat tindakan wazir Bani Abbasiyah itu bukan saja memperlihatkan dirinya tidak cekap tetapi menunjukkan dirinya sebagai gunting dalam lipatan. Kesilapan besar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak Mongol dengan mendirikan markas di kedua-dua belah tebing Sungai Tigris. Terdesak, al-Musta’sim menggerakkan 20,000 tentera berkuda untuk berdepan pihak musuh.

Strategi baginda memakan diri. Pihak Mongol memilih merobohkan daik sepanjang tebing Sungai Tigris dengan air membanjiri bahagian belakang tentera Abbasiyah. Akibatnya, tentera Abbasiyah terperαngkap dan menjadi lauk mudah pihak Mongol. Lebih memeningkan kepala al-Musta’sim, emir-emir Ayubiyah dan pihak Mamluk tidak dapat menghantar tentera kerana sibuk memperkukuh kedudukan mereka di wilayah masing-masing.

Pada 29 Januari, pihak Mongol mengepung dan menyerαng Baghdad dengan manjenik. Dengan kerapuhan kedudukan pertahanan Baghdad mula terserlah, al-Musta’sim cuba berunding dengan Hulagu tetapi permintaan baginda tidak dilayan. 3,000 orang bangsawan cuba melakukan perkara sama tetapi kesemuanya dibμnuh atas arahan Hulagu. Pada 10 Februari, Baghdad akhirnya jatuh tetapi pembμnuhan beramai-ramai hanya bermula tiga hari kemudian.

Rajah 3: Lukisan Parsi abad ke-14 menggambarkan kepungan pihak Mongol ke atas Baghdad.

Susulan kejatuhan Baghdad, al-Musta’sim ditawan dan dipaksa menyaksikan rakyatnya dibμnuh dan perbendaharaan Abbasiyah dijarah. Mengikut keterangan ramai ahli sejarah dahulu dan sekarang, baginda dibμnuh dengan cara digulung dalam permaidani sebelum dipijak oleh kuda-kuda pihak Mongol. Kesemua putera al-Musta’sim turut menerima nasib sama kecuali seorang yang kemudiannya dihantar ke Mongolia.

Rajah 4: Lukisan abad ke-15 menggambarkan Hulagu mengarahkan al-Musta’sim dipenjarakan bersama sebahagian perbendaharaan Abbasiyah.

Bukan sedikit monumen seperti istana, masjid, perpustakaan dan hospital dimusnahkan termasuk Baitul Hikmah. Mana-mana warga Baghdad yang cuba melarikan diri akan dibμnuh dengan kejam. Mengikut riwayat, kira-kira 200,000 hingga dua juta warga Baghdad dibμnuh pihak Mongol sehingga menukar warna Sungai Tigris kepada warna merah.

Disebabkan bilangan mayat yang banyak dan berbau busuk, ini memaksa Hulagu berkhemah di tempat lain. Mana-mana individu yang terselamat daripada pembantaian Mongol mati akibat penularan wabak penyakit yang dicetuskan oleh lalat yang banyak menghurungi mayat. Sudahlah mengisi ruang udara kota berkenaan, ia akan jatuh pada makanan sekaligus menjadikan ia tidak boleh dimakan.

Akibatnya, harga makanan naik melambung berkali ganda seperti ayam (10 dirham) dan roti dan asam jawa (60 dirham). Situasi ini kemudiannya diburukkan lagi dengan penularan wabak berkenaan di Syam dan Mesir. Antara yang terbμnuh akibat wabak penyakit yang dicetuskan oleh pembμnuhan beramai-ramai Mongol di Baghdad ialah emir Ayubiyah al-Nasir al-Dawud dan sasterawan terkenal Baha’ al-Din di Mesir.

Disebabkan bilangan mayat yang terlalu banyak, tiada siapa yang dapat membantu menguruskan pengebumian. Kebanyakan anekdot wabak-pasca penaklukan Baghdad di tangan pihak Mongol ini dicatat oleh sejarawan Ibnu Wasil.

Susulan kejatuhan Baghdad, ia menimbulkan kejutan kepada seluruh dunia Islam. Bagaimanapun, pembantaian ini dibalas menerusi kemenangan pihak Mamluk ke atas orang Mongol di Ain Jalut dua tahun kemudian dan kemunculan Berke Khan.

RUJUKAN

Hala, F dan Caso, F. (2009). A Brief History on Iraq. Facts on File.

Hemmings, J. (2019, 15 Februari). The Sack Of Baghdad In 1258 – One Of The Bloodiest Days In Human History. War History Online.

Green, M. dan Fancy, N. (2021, 30 Mac). Plague and the Fall of Baghdad (1258). Medical History. Cambridge Universiti Press.

Davis, P. K. (2001). Besieged: 100 Great Sieges from Jericho to Sarajevo. New York: Oxford University Press.

May, T. (2017). The Mongol Empire: A Historical Encyclopdedia. Santa Barbara, California: ABC-CLIO.

Nota kaki

gunting dalam lipatan –  musuh yang tersembunyi

khagan – gelaran diraja dalam Bahasa Turki dan Mongol yang sama taraf dengan maharaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply