Kita sentiasa cari siapa jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Takdir jodoh kita ni ibarat dah terikat dengan tali, takkan berubah sebab dah ditakdirkan.

 

Dalam budaya Cina, ada satu mitos tentang nasib iaitu melalui tali merah takdir yang juga dikenali sebagai tali merah perkahwinan.

 

Dalam mitos Cina yang asal, tali merah ni diikat pada buku lali kedua-dua pasangan, manakala dalam budaya Jepun ia diikat dari ibu jari lelaki ke jari kelingking perempuan, dan dalam budaya Korea, benang merah dianggap diikat di jari kelingking kedua-dua pasangan.

 

Sekarang ni ketiga-tiga budaya selalunya menggambarkan benang diikat di jari, selalunya jari kelingking.

 

Ramai penduduk tempatan percaya bahawa mitos itu adalah benar. Dewa perkahwinan menurut legenda Cina yang bertanggungjawab terhadap “benang merah” dipercayai Yuè Xià Lǎorén (月下老人).

 

Itulah sebabnya dalam kebanyakan perkahwinan orang Cina, warna merah memberi makna yang sangat besar.

 

Warna merah dalam budaya Cina melambangkan kebahagiaan dan ditonjolkan dengan ketara semasa perkahwinan dalam budaya Cina.

 

Dua orang yang diikat dengan benang merah ialah jodoh yang ditakdirkan, tanpa mengira tempat, masa atau keadaan. Tali ajaib ini boleh meregang atau kusut, tetapi tidak pernah putus. Mitos ini serupa dengan konsep Barat tentang jodoh yang ditakdirkan.

 

Terdapat banyak cerita rakyat yang berkait dengan ikatan tali merah ni. Pada suatu malam, seorang budak lelaki melihat seorang pakcik tua (Yue Xia Lao) berdiri di bawah cahaya bulan. Pakcik tu cakap kepada budak lelaki itu bahawa dia terikat dengan isterinya yang ditakdirkan dengan benang merah.

 

Yue Xia Lao tunjukkan kepada budak lelaki tu gadis muda yang ditakdirkan untuk menjadi isterinya. Kerana masih muda dan tak berminat untuk mempunyai isteri, budak lelaki itu ambil batu dan melemparkannya ke arah gadis itu lalu melarikan diri.

 

Bertahun-tahun kemudian, apabila budak lelaki itu dah membesar, ibu bapanya mengaturkan perkahwinan untuknya.

 

Pada malam perkahwinannya, isterinya menunggu di bilik tidur dengan muka yang ditutupi kain. Lelaki tu gembira bila tahu isterinya ialah orang paling cantik di kampung tu.

 

Walau bagaimanapun, isterinya pakai perhiasan untuk tutup sesuatu pada keningnya. Rupanya ia disebabkan ketika dia masih muda, seorang budak lelaki melemparkan batu ke arahnya sehingga meninggalkan parut pada keningnya.

 

Isterinya sebenarnya ialah gadis muda yang sama yang dihubungkan dengan lelaki tu melalui benang merah yang ditunjukkan kepadanya oleh Yue Xia Lao pada zaman kanak-kanaknya, menunjukkan bahawa mereka disambungkan oleh takdir benang merah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Apakah sebenarnya makhluk yang dikenali sebagai naga? Persoalan mengenai mitos ni dan banyak lagi mitos Cina yang lain dapat korang selam bersama KITAB TAMADUN CINA. Dapatkan segera! https://bit.ly/kitabtamaduncina


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply