Bila kita bercakap pasal UMNO, semua orang tau UMNO tertubuh di Johor. Tapi bila kita bercakap pasal PAS, apa yang korang fikir bila ditanya dimanakah PAS tertubuh?Kelantan? Terengganu? Kedah?

Tekaan anda salah, semuanya bermula di Gunung Semanggol, Perak.

Di sini jualah, bermulanya tunas gerakan islam di Malaysia dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British. Pernah dahulu Dato’ Onn Jaafar menuduh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Madrasah Al-Ehya Asshariff sebagai ‘BAHAYA DARI GUNUNG’.

Macam mana PAS terbentuk?

Sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 4 Mac 1924, muncul gerakan-gerakan politik Islam di seluruh dunia dalam rangka mengembalikan kedaulatan kerajaan Islam.

Bermula dengan kebangkitan Sarekat Islam di Indonesia pada 1905, diikuti oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 1928 dan Jamiat Islami di India pada 1941. Semakin lama semakin banyak gerakan Islam muncul di seluruh dunia, khususnya selepas Perang Dunia Kedua.

Kebangkitan gerakan politik Islam muncul di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berpusat di Gunung Semanggol, Perak.

Permulaan bagi kebangkitan ni dengan berlangsungnya Persidangan Ekonomi-Agama di Maahad al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol pada 23-24 Mac 1947 yang berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA).

Dari MATA pula lahirnya Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), sebelum Persidangan MATA pada 14 Mac 1948 berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin sebagai parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu.

Selain menjadi pusat gerakan politik Islam pada akhir 1940-an dengan kemunculan PEPERMAS, MATA, LEPIR dan Hizbul Muslimin, Maahad al-Ehya as-Syariff sangat berkait rapat dengan kebangkitan PAS.

Ketika Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth) pada 24 November 1951, dua institusi telah hadir mewakili maahad ini iaitu Persatuan al-Ehya as-Syariff dan Maahad al-Ehya as-Syariff sendiri.

Dalam persidangan ini, wakil Persatuan al-Ehya as-Syariff, Ustaz Othman Hamzah telah mencadangkan supaya nama Persatuan Ulamak Se-Malaya ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), selain turut mempengaruhi perubahan tujuan penubuhannya dari persatuan yang bersifat kebajikan kepada sebuah parti politik Islam.

Wakil-wakil dari Gunung Semanggol mendesak supaya disiplin parti dikuatkuasakan dalam PAS supaya wala’ ahli-ahli hanya kepada pergerakan politik Islam yang baru ditubuhkan ini.

Barisan kepemimpinan utama yang mengasaskan PAS melibatkan tokoh-tokoh yang berkait secara langsung dengan maahad ini. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, Ustaz Haji Ahmad Maliki dan Haji Sulaiman Ahmad antara bekas pelajar Maahad al-Ehya as-Syariff.

Sheikh Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin dan Mohd Asri Haji Muda ialah antara bekas pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol.

Selepas disiplin parti dikuatkuasakan sepenuhnya oleh PAS pada 1955, lebih ramai tokoh-tokoh Maahad al-Ehya as-Syariff menyertai kepemimpinan PAS seperti Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Othman Hamzah dan lain-lain.

Oleh: Azizul Farhan

___

Pilihanraya Negeri dah nak dekat! Tapi korang faham ke dengan politik sebenarnya? Atau sekadar undi tanpa menghiraukan siapa yang akan menjadi pemimpin kelak? Faham dan pilih dengan tepat pemimpin anda setelah menyelam lebih dalam bersama POLITIK UNTUK PEMULA! Dapatkan segera!
https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply